everybody dies in their nightmares.

Hamba

Pernah suatu ketika aku merasakan bahawa aku tidak mampu untuk terus berjalan. 
Pernah suatu ketika aku merasakan bahawa dunia ini tidak menyebelahi aku.
Terasa dihempap di atas bahu.
Terasa ditarik kaki aku. 
Terkurung aku dalam kekalutan fikiran yang tiada berkesudahan.
Lalu, aku dengan secebis rasa bertuhan, aku mula mencari di mana silapku. 
Ternyata banyak yang kutemu dan aku menangis semahu.
Allah.
Mengapa aku sebegini.
Dunia terasa kelam.
Baru aku tahu apa makna ditarik nikmat cahaya.
Cahaya yang selama ini menerangi tapi aku masih tidak menyedari.
Aku berada dalam suasana yang gelap dan suram dalam jangka masa yang lama.
Tidak aku kuat melainkan dengan kekuatanNya.
Setiap waktu aku tertanya bilakah penghujungnya.
Aku tidak mampu.
Tapi, kalamNya terus memujuk aku.
Suatu hari nanti pasti akan ku temui kembali cahaya itu.

Hari ini.
Masih di tempat yang sama.
Aku terus melalui hari aku.
Tetapi, harinya berbeza.
Setiap hari ini yang aku lalui, merungkai segala tanda tanya.
Setiap apa yang aku lalui, terasa diperjelaskan mengapa.

Lihatlah apa yang terjadi di sekelilingmu dengan mata hati.
Berpandukan iman dan akal, bukan nafsu.
Katanya.
Aku turuti.
Dan ku lihat suatu pemandangan yang mempersona.
Peritnya aku sewaktu dulu, aku terlupa.
Indah perancanganNya.

Benarlah.
Dugaan itu menguatkan.
Aku terlupa.
Berada dalam suasana yang selesa.
Hingga alpa.
Lalu Dia menegurku.
Mengingatkan aku bahawa aku lemah.
Aku tidak punya apa-apa.
Dia mengujiku.
Siapakah yang aku cari bila aku di tempat paling bawah. 
Aku ini hanya hamba.
Dan aku tidaklah mampu tanpa pertolongan Dia.

Setiap malam itu aku mengaku aku lemah.
Tidak aku malu untuk merendahkan diri dihadapanNya.
Kerana sewaktu itu, aku sedar aku hanyalah hamba.
Baru aku tahu apa itu berpijak di bumi nyata.
Aku hanyalah hamba.
Dunia ini hanyalah sementara.
Engkau berkuasa.


Tuhan.
Tiap kali aku fikir apa yang terjadi pada diriku.
Aku bersyukur semahunya.
Engkau Al-Wadud.
Maha Mencintai.
Cinta Engkau kepada hamba Engkau tidak pernah berkurang.
Walau cinta Engkau diperduakan.
Engkau masih setia di sisi.

Dipertemukan aku dengan yang baru.
Mereka berbicara mengenai tuhan.
Bersinar matanya.
Aku terdiam.
Kerana sudah lama ku tahu, tapi tidak pernah ku sedar.
Hadirnya mereka membuka mata.
Ilmu yang aku dapat hanya sia-sia.
Tidak aku amalkan.

Nikmatnya ujian itu ya tuhan.
Tidak ada kata yang mampu aku ungkapkan.
Untuk mengambarkan perasaan.

Hanya Engkau yang mengerti.
Kerana Engkaulah pemilik hati ini. 


No comments: