Pesanan

Assalamualaikum and greetings to all.

Aku sedang dalam proses menghabiskan buku yang aku pinjam dari roommate aku sebab dah lama aku nampak buku tu elok tersusun di rak buku dia. Memang mengakui, aku amat perlukan motivation, mood dan apa jua yang berkaitan dengannya untuk aku meneruskan kehidupan aku di sini. Moga aku ketemui.

Aku juga menyedari, 'skill' aku untuk menulis di blog juga sudah hilang. Sebenarnya, 'skill' merepek di blog aku. 'Skill' melemparkan perasaan, hujah yang tak masuk akal, pendapat yang tak diterima. Juga aku rasa aku merindui kebebasan aku untuk menterjemahkan perasaan aku dalam tulisan. Tetapi, hari ini. Amat sukar. Dan setiap kali aku cuba untuk meluahkannya, ia bagai terperangkap dalam hati. Otak tidak memberikan isyarat kepada tangan aku untuk ekspreskannya. Akal tidak membenarkan rasa itu diluahkan.


Aku rasakan tangisan itu tanda aku lemah. Aku sangat tidak suka untuk menangis di hadapan orang. Aku rasakan aku lemah, aku rasa bagaikan aku tidak redha dengan apa yang berlaku dalam hidup aku. Tapi, sebenarnya aku hanya menipu diri aku sendiri. Terkadang, aku menangis sehendaknya melepaskan semua kekusutan di kepala, hanya tuhan yang mengerti. Hanya tuhan yang mengerti apa yang aku alami. Hanya tuhan. Di saat begini, aku rasa aku munafik kerana aku sangat perlu tuhan. Di mana tuhan di dalam hatiku dulu. Tapi, aku tak boleh menidakkan fitrah ketuhanan ini. "Dan hanya mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."


Perkara kecil tapi besar impaknya kepada aku sangat membuatkan aku bersyukur. Walaupun, bagi mereka menulis blog ini perkara biasa dan agak 'lame', Tetapi, bagi aku, dengan cara aku melarikan jemari di keyboard merupakan salah satu terapi untuk aku larikan diri dari kegemelutan perasaan ini selain daripada memanjai kekucing di rumah aku. Tidak kisah sama ada aku menekan keyboard ini untuk menulis blog mahupun membuat coding atau membaca sesuatu juga me'panda'kan mata dengan tengok k-drama atau anime, aku rasa aku terkeluar daripada realiti hidup aku. Dan waktu yang paling sesuai adalah waktu sedang orang dibuai mimpi. Dan sekarang, yang hanya menjadi peneman aku hanyalah kipas meja dan lampu meja.

Dengan cara ini juga dapat buat aku kembali ke sense aku. Samaada aku baca balik post aku yang annoying sewaktu dulu kala dan mencaci diri sendiri kenapa aku buat post macam tu. Tetapi, bila aku baca post aku yang dulu membuatkan aku terasa bagaikan aku sedang membaca pesanan diri aku kepada diri aku sendiri. Pesanan diri aku yang dulu sewaktu aku kuat, sewaktu aku gembira, sewaktu aku berjaya, sewaktu aku lemah, sewaktu aku sedih, sewaktu aku bodoh. Pesanan pesanan itu yang telah membantu aku untuk terus sampai ke hari ini. Dan aku bersyukur kerana aku menyedari hakikat ini dan menemui hikmah di sebalik semua ini sebagai salah satu kekuatan untuk diri aku.

Banyak perkara yang aku ingin luahkan di sini. Tapi, akal aku tidak mengizinkannya. Otak aku tidak dapat menterjemahkannya. Jadi, biarlah ia kekal dalam hati aku.

Tadi sewaktu aku dm dengan kawan aku di matrik dan bercakap tentang kehidupan, ada satu ayat yang dia ucapkan dan mengetuk hati aku. "Tak pelu ada kenalan yang banyak. Cukup sorang dua. Sebab banyak banyak pun, diorang akan lupa kita jugak."

Oleh itu, dari dasar hati aku, terima kasih kepada mereka yang ada dengan aku hingga ke hari ini. Yang masih ingat aku bukan sekadar ingat. Kerana, ramai yang telah pergi meninggalkan. Maaf juga kerana aku telah buat satu expectation kepada kalian yang aku ini kuat. Padahal, aku paling lemah antara yang lemah.  

Aku juga manusia biasa yang tidak lari dari hal yang merungsingkan. Dan, kepada yang sudah pergi meninggalkan, terima kasih juga kerana telah mengajar aku sesuatu yang amat berharga. Kerana kalian juga aku menyedari hakikat kehidupan di dunia ini hanyalah sementara dan hanya terbaik yang akan bersama sehingga di sana.

Aku hanya hidup untuk diri aku. Aku juga hanyalah seorang introvert yang lagaknya extrovert dahulu. Aku tidak tahu patutkah aku menyesalinya atau bersyukur dengannya. Masih keliru.

0 comments: