Kesudian

Assalamualaikum and greetings to all.

Malam tadi usai silat, hujan turun begitu lebat seakan-akan baru pertama kali hujan. Aku mengambil keputusan untuk turut redah bersama yang lain memandangkan malam sudah menjangkau pukul 12 pagi.

Sedang aku berjalan, aku terdengar sayup suara seorang lelaki memanggil aku.

"Ainil!"

Aku hanya pandang sekilas untuk melihat siapakah gerangan itu lalu mengangkat tangan tanda membalas teguran itu. Kerana aku seorang yang amat tahap babun awkward bila ada yang menegur. Mungkin dia merasakan aku sombong atau seangkatan dengannya, tapi tidak mengapalah. Tak kenal maka tak cinta. Ceh,

Mengenangkan aku seorang yang agak membosankan tetapi masih ada yang sudi berkawan, aku berterima kasih tidak terhingga kerana kalian aku masih rasa diperlukan.

Khususnya buat mereka yang datang lawat tadi, terima kasih. Tak tergambar betapa terharunya kerana ada yang sudi menjenguk diri ini yang tersesat di sini. Terima kasih juga kerana ajak aku untuk pusing pusing di sekitar mall yang tidak pernah ku jejaki walau sudah sebulan aku duduk di sini. Terima kasih juga kerana bertanya khabar, cerita dan keadaan aku di sini dan mendengar bebelan yang kalian tidak pernah dengar sebelum ini. Terima kasih kerana datang dari jauh ke Cyberjaya untuk memastikan aku tidak kebuluran dan cukup makan walau ia berbaur sindiran.

Maaf tak dapat spend time lama dengan kalian kerana masa tidaklah mengizinkan. Maaf juga kerana telah rosakkan schedule kalian (tulah siapa suruh tak bagitau awal awal nak datang ingat surprise ke).

Apapun, selamat sambung degree and for Naqib, selamat ke Jordan!

0 comments: