Kehidupan baru

Assalamualaikum and greetings to all.

Menyedari hakikat yang aku sudah mula sambung belajar dalam peringkat degree awal dari kawan kawan aku di matrik agak sukar untuk diterima akal fikiran aku yang aku tidak pasti waras atau tidak. Aku sedang sambung pengajian di sebuah private university, MMU yang kebanyakan orang tidak tahu. Juga dalam course yang agak asing iaitu Software Engineering dan aku sendiri tidak pasti apakah selayaknya pekerjaan untuk course itu walaupun mereka pasti akan berikan pekerjaan bawah mereka kerana aku dibawah tajaan yayasan TM.


Sambung belajar dengan biasiswa merupakan sesuatu yang tidak pernah aku impikan tetapi amat diimpikan dalam kalangan pelajar yang cemerlang. Kerana aku rasa aku tidak layak untuk impikan biasiswa apatah lagi mendapatkannya. Kerana itu, apabila aku dipilih menjadi salah seorang pelajar yang ditaja dalam bidang yang aku minati tetapi masih tidak pasti, bagaikan satu mimpi yang tidak akan balik kepada realiti. Keputusan aku juga tidak memuaskan kriteria pemohon. Dan bila aku bandingkan aku dengan pelajar tajaan yang lain, aku rasa aku merupakan yang paling huhu. Kerana aku bukanlah stok-stok 4 rata. Aku hanya seorang pelajar marhaen yang pointernya cukup-cukup makan. Apatah lagi dengan kokurikulum aku, aku tidak pasti kelaut mana. Ini sememangnya datang dari tuhan, dan tidak ada secebisnya datang dari aku.


Beberapa kali aku cuba untuk mengetuk diri aku bahawa aku bukan sedang bermimpi dan aku sedang menjejak bumi MMU ini dan juga telah mendaftar sebagai pelajar di Fakulty of Computing & Informatics yang aku sendiri tidak pasti apa maksudnya. Ini mimpi. Bukan, ini realiti.

Hampir sebulan aku di sini dan aku masih struggle untuk adapt dengan persekitaran, orang dan sistem pembelajaran. Walaupun, sistem pembelajarannya hampir sama dengan matrik, tetapi ia masih sukar. Otak aku yang sel-selnya masih banyak tidak bersambung tidak dapat menangkap apa yang pensyarah cuba terangkan di hadapan. Perangai aku juga yang suka berjaga malam dan melakukan perkara sia-sia aku tidak dapat buang. Kerana aku masih rasa aku mimpi. Dan orang yang aku jumpa hanyalah bayangan semata.



Pengalaman aku dulu bertukar tukar sekolah dengan kemahuan diri aku yang tiba-tiba membuatkan aku tertanya-tanya, adakah pengalaman itu berguna untuk aku di sini? Berjumpa dengan ramai orang daripada pelbagai latar belakang. Juga mempunyai roommates 1 Malaysia di matrik, adakah ia berkait rapat dengan kehidupan aku di sini?

Bagi aku, sebulan ini amat sukar untuk aku. Walau luarannya, aku hanya kelihatan biasa (membosankan dan stress) tetapi hakikatnya aku penat untuk berpura-pura. Banyak perkara yang aku berpura-pura di sini sehinggakan aku seakan lupa bagaimana attitude aku yang sebenar. Pujuk hati aku, perancangan Allah itu indah belaka. Jika aku boleh survive di hari yang lalu, aku juga pasti boleh untuk hari yang mendatang.



Memandangkan aku seorang pelajar tajaan, adalah satu tugas aku untuk mengekalkan pointer aku jika aku tidak mahu ditendang dari biasiswa atau ditukarkan biasiswa itu kepada pinjaman atau lebih teruknya ditarik semua itu. Sukar. Amat sukar. Kerana aku sekarang dikelilingi oleh anak-anak Albert Einstein membuatkan self-confident aku menurun mendadak. Entahlah. Aku juga tidak pasti apakah keputusan yang aku buat ini betul. Aku bukanlah seorang yang layak menjadi ketua kerana keputusan untuk hidup aku sendiri aku tidak tahu apatah lagi untuk memikirkan keputusan hidup yang lain. Cuma, aku hanya teruskan perjalanan aku. Perjalanan yang masih tidak tahu kemana.

Untuk menggambarkan betapa gembiranya ibu bapa aku apabila mendapat tahu aku berjaya mendapatkan biasiswa sekaligus tempat belajar dan course yang aku mahu, aku tidak tahu bagaimana. Kegembiraan yang mereka rasakan membuatkan aku rasa amat bersalah mengapa aku dipilih. Kerana mampukah aku untuk melaksanakan amanah ini? Mampukah aku untuk mengekalkan kegembiraan itu?

Ini merupakan biasiswa pertama yang aku mohon yang tidak sengaja aku mohon. Dan ketidaksengajaan dan ketiba-tibaan dalam semua perkara sepanjang proses mendapatkan biasiswa ini membuatkan aku tertanya-tanya dengan diriku sendiri, apakah disebalik semua ini? Apakah yang ingin Dia tunjukkan kepada aku? Aku masih tidak menemuinya.

Dalam pada masa yang sama, aku amat amat bersyukur yang tidak terhingga kerana setidak-tidaknya aku dapat meringakan beban ibu bapa ku. Yuran pengajian aku, duit poket aku, keperluan pembelajaran aku sudah tidak menjadi masalah buat sekarang ini. Syukur. Tapi, pastinya akan ada 'hadiah' dari tuhan. Moga Dia pinjamkan secebis kekuatannya kepada aku kerana Dialah yang Maha Kuat.

Moga aku tidak tersungkur, dan tidak berhenti di tengah jalan mahupun di tepi jalan. Harapnya aku sampai ke destinasi. Dengan izinNya.
This entry was posted in ,

0 comments: