Dulu aku gagal

Assalamualaikum and greetings to all.

"SEMAKAN UPU AKAN BERMULA 3 OGOS PADA PUKUL 12 TGH HARI. ANDA BOLEH...."

Jantung aku berdebar. Aku tidak pasti debaran itu kerana malamnya aku perlu bersilat atau kerana mesej yang baru ku terima. Walau aku sudahpun melanjutkan pengajian, aku masih tertanya-tanya gerangan manakah yang sanggup menerima aku. Sewaktu aku merupakan lepasan SPM, (boleh rujuk post aku yang dulu) aku tidak menerima mana-mana tawaran dari mana-mana universiti pilihan aku dan IPG juga tidak menerima aku. Aku mengakui aku bagaikan hilang keyakinan tahap ****. Hanya tuhan yang tahu perasaan aku sewaktu itu. Melihatkan ibu bapa aku yang agak kecewa kerana aku gagal ditempatkan di mana-mana melainkan matrik, hati aku amat retak. Tapi, aku yakin dengan ketentuan yang telah Dia tetapkan untuk aku, matrik.

Matrik merupakan salah satu jalan untuk meluluskan diri ke universiti. Selepas tamatnya PSPM 1, pelajar matrik berlumba-lumba membeli no. pin BSN dan memilih universiti pilihan mereka berdasarkan keputusan peperiksaan, minat, kedudukan universiti dan sebagainya. Tidak terlepas juga aku, aku turut membuat research tentang kos-kos yang ditawarkan di setiap universiti. Dan, aku mula mengisinya. Sememangnya, pergolakan hati membuatkan aku sentiasa mengubah pilihan aku hingga suatu saat, "Inilah pilihan aku. Aku tidak akan ubahnya." Sebenarnya, waktu tu adalah sehari sebelum tutupnya laman web itu. Jadi, sama jelah.


Memilih jurusan komputer didecidekan oleh aku sewaktu aku di matrik. Walaupun jurusan ini tidak disupport seratus peratus oleh keluarga aku, kerana tiada siapa yang pernah menceburinya, aku tetap dengan pendirian aku. Oleh itu, dari pilihan 1 sehinggalah pilihan 9 merupakan dalam bidang komputer. Ini merupakan minat dari dulu dan minat ini aku baru tahu ada dalam universiti. Noob kan?

Sejujurnya, aku bukanlah seorang yang mempunyai target dalam kehidupan aku. Aku mengamalkan prinsip, "Kalau dapat alhamdulillah, kalau tak takpelah nak buat gane." Masa aku lepasan UPSR, aku tidak dapat tawaran ke mana mana SBP dan MRSM tidak seperti abang dan kakak aku. Juga selepas PMR, aku tidak dapat tawaran ke SBP dan MRSM. Cumanya, aku dapat tawaran ke sebuah SBP di pekan tetapi aku menolaknya atas faktor di SBP itu tiada Bahasa Arab. Apapun, aku bersyukur kerana disebabkan aku tidaklah mempunyai target dalam kehidupan seperti "Aku mesti masuk sini!" "Aku kena masuk uni ni!", aku mampu bersyukur dengan apa yang Dia telah tentukan untuk aku. Aku juga mampu memekakkan telinga dengan kata-kata dan sindiran yang diterima. Kesabaran itu hanyalah satu pinjaman dari tuhan.

Hari ini merupakan 3 Ogos.

Penantian satu penyeksaan. Seminit menunggu untuk pukul 12 terasa lama.

Aku turun ke bilik potostat dengan harapan ia dapat mengurangkan debaran aku. Misyu ws aku dan mintak ic serta no matrik sebab dia antara yang berjaya access ke laman web upu pada awal waktu. 

Dan sesuatu yang tidak pernah tercapai dek akal fikiran aku telah terjadi kepada aku.


UM shortform of Universiti Malaya. Sebuah universiti yang amat berprestij di Malaysia.

I am so shock and my hand was trembling. Aku naik semula ke bilik dan cuba untuk bertenang. I made it? I was like, "I made it???? It is UM syal!!!!"

Hati aku di sana. Dan aku sangat nak kesana. Sebab UM merupakan sebuah universiti yang aku tak mampu bayangkan yang aku akan dapat kerana saingannya yang tinggi. Tetapi, hari ini, aku dapat tawaran tu. Aku sumpah terkejut sampai aku nangis tak tentu pasal. ((I'm not crying like waaaaaaaa but just the tears coming down yknow like why I have to explain this)) 

My heart is totally there. Even banyak gila advantages here at MMU tapi kenapa hati aku di sana???

Just for reminding to people out there, yang mungkin tidak dapat mana-mana macam aku dulu ataupun tak dikabulkan permintaannya, (I feel you so many times ok don't doubt me) yakinlah Allah tahu yang terbaik. Kalau kita sabar, Allah bagi berlipat kali ganda. Sesuatu yang kita tak pernah terbayangkan pun.

Honestly, aku bukan seorang yang sabar & tabah pun but it happen to me bila kita redha & tak mengungkit, Allah bagi something yang memang tak terbayang. Scholarship, a great course, kerja terjamin, universiti yang Allahu & so many things yang membuatkan aku rasa betapa hinanya aku sebab aku tak layak untuk dapat semua ni dan ada yang lebih layak. Feel so blessed.

Actually tujuan aku untuk buat post hari ini nak ceritakan kerunsingan aku but aku dah terceramah pulak but it's ok, remind myself and I hope I know which one is better for me. Stay or go.

Sebab aku tidak pasti aku perlu mengikut kata hati atau akal aku.

Allah knows better. Have faith!


This entry was posted in ,

0 comments: