Hostel di MMU & KMPh

Assalamualaikum and greetings to all.

Dapat sebuah bilik yang selesa dan 'girly' di tempat belajar adalah suatu perkara yang amat aku impikan. Aku rasa aku begitu banyak menghabiskan masa dengan youtube tengok "Room Tour" "How to decorate your room" "Pink room tour" "Room DIY" membuatkan aku sangat sangat sangat mahukan sebuah bilik yang aku dapat duduk dalam keadaan yang sangat sangat selesa tanpa gangguan sebarang makhluk.

Masa aku pindah sekolah dulu, aku tertanya jugak bagaimanakah keadaan asrama di sekolah baru aku. FYI, asrama sekolah aku dulu sangat allahu but banyak gila kenangan di situ & sangat enjoy. But then bila aku masuk asrama ahmad, I kinda shock sebab enviromentnya yang selesa dan bersih. Dewan makan besar dan penuh dengan hiasan. Ada meja study sendiri. It's totally different with my old school. But still, ihsan's hostel is daboom.

Aku agak excited untuk mengeksperimenkan segala apa yang aku belajar dalam youtube tu. Aku tampal tu, tampal ni, beli barang-barang warna pink dekat Daiso since Daiso baru bukak time tu and kat DIY (excited gila babun) and even my space jadi tempat diorang untuk selfie and take photos (obviously tempat aku lagi bersih & kemas dari diorang kan?)

Bila aku masuk matrik, sekali lagi aku teruja tahap babun sebab bukan sahaja aku dapat meja study sendiri but ada space sendiri. Upgrade sikit ok!!



Kau boleh hiraukan baju kotor dalam baldi yang tak basuh lagi. Seluar bersidai, baju bersidai. Ok ampaian sangat jauh okay & selalu hujan.

Memang acah gila nak susun barang pinkish girlish cemtu dekat bilik. Lagi-lagi time tu ada cerita Weigh-lifting Fairy Kim Bok Joo, dia punya hostel room sangat cute and macam best gila.

Ni serba sedikit tentang bilik di KMPh.

1. Penghuni 4 orang. Basically, kau akan dapat sorang non-muslim dalam bilik tu. Kalau nasib baik cam aku, dapat 2. Kalau nasib baik lagi kau tak dapat langsung. Ni cam kiranya nak elakkan sebarang racism la gitu.
2. Setiap aras ada washing machine. But kalau kau nasib tak baik, washing machine aras kau punya rosak.
3. Ampaian ada setiap aras. Make sure kau guna hanger. Ingat kau sorang nak jemur baju? Tapi aku tak jemur kat ampaian aras sebab lambat kering.
4. Setiap blok tu akan adalah kelebihan masing masing. Macam ada blok yang ada gym, bilik tv. Entahlah aku tak ingat sangat sebab aku tak habis explore pun KMPh ni.
5. Selesa la kalau kau dapat roommate yang pembersih semua.
6. Biliknya kadang kadang sejuk tahap kau duduk di benua antartika tetapi kadang kadang panas tahap saudi arabia.

Then now, aku sambung belajar dekat MMU ini. So, aku dari rumah berdoa jangan lah aku dapat tingkat atas mati aku nak naik tiap tiap hari boleh patah tulang kaki. But, nasib tak menyebelahi aku & aku dapat tingkat 3. Sedih bukan?




Ini adalah pemandangan sebelum masuk bilik aku. Of course lah bakul pink tu aku punya & juga selipar hello kitty tu amboi tak menahan.

 
Tadaa! Bila kau masuk bilik aku, ni benda first yang kau akan tengok. Excited gila ok sebab langsir bilik ni warna pink! OMG! So bilik ni ada 1 katil double deck & 1 katil single deck. Kiranya, boleh memuatkan 3 orang. But, untuk bilik aku, aku cuma berdua je. So, meja sebelah tu takde orang guna & kitorang buat as iron-board. Kreatif kan? 


Yang atas tu ada cadar pink space roommate aku, and cadar coklat ni space aku. Aku nak beli cadar pink but one day okay kita guna apa yang ada dulu. So, tak sempat lagi nak hias hias bagai sebab tak bawa banyak barang. 




Ini sahajalah pengenalan untuk bilik aku di MMU. Maaflah kerana aku bukanlah seorang decorator yang mampu membuatkan bilik aku gah dan tak puas mata memandang.


Ni view dari bilik aku. Bawah tu court so biasanya maghrib sampai malam adalah pakwe-pakwe main bawah tu. Aku tak tengok, aku kan jaga pandangan. Intai sikit sikit je. 


So apa kelebihan di hostel ini ialah:

1. Muslim & non Muslim asing. So, tak jadi masalah lah bab aurat ke apa ke.
2. Fee dalam RM 250 -350 gitu tak silap aku untuk sebulan. 
3. Hostel sini dekat dengan kelas & kau tak perlu transport pun untuk ke kelas. Tinggal kau rajin atau malas je.
4. Ada dua jenis bilik tak silap aku. Ada yang bilik share untuk 2 orang & 3 orang. Kalau kau nak berdua tu mahal lah sikit. Tapi, kalau kau beruntung macam aku, bilik bertiga ni duduk berdua je.
5. Internet laju nokharom. (bila ada line) Kau boleh streaming kdrama ke anime ke sepanjang masa unlimited. Fee takde & kau boleh guna sewenang-wenangnya mengikut hawa nafsu kau. 
6. Facilities semua baru and kalau lama pun nampak baru gak hahaha.
7. Keluar masuk takde had. Kau nak keluar berjimba pukul 1 pagi, masuk subuh pun takde hal.
8. Ada laundry setiap blok, kedai potostat and mesin gedegang (in case kau lapar tengah malam. Aku haritu haus tahap &#%$ sebab aku terbangun pukul 2 pagi, then aku turun ke bawah beli air soya. Survival tak aku?) 
9. Toilet selesa. Takde masalah berebut toilet di pagi hari sebab kelas tak menentu.
10. Kalau jenis macam aku yang tak suka bergaul ni, eloklah duduk dalam. Weekend sunyi sepi je.
11. Dekat dengan surau MMU.

Setiap kelebihan pasti ada kekurangan kan? So, ni antara kekurangan yang aku detect dekat hostel ni.

1. Kipas siling yang kecik je untuk satu bilik. So, make sure kau bawa table fan kalau tak pergh sauna boleh hangus rentung. Kalau yang tak pernah pergi cyberjaya ni, kat sini memang panas tahap apa aku tak taulah. Jarang jugak hujan. Kalau kau rasa angin sejuk sepoi sepoi bahasa tu memang nikmat. 
2. Laundry kat tingkat bawah sekali, tapi banyak. Cuma kau perlu gagah turun & naik bawa baju kau tu.

Tu je kot, kalau ada lagi aku update.

Kalau kau nak duduk luar, setahu aku kat sini ada Cyberia. Ramai jugak budak MMU duduk situ. Cuma perlukan transport then dari segi bayaran aku tak sure macam mana. Kalau rasa duit berlebih and nak rasa life student yang betul punya, duduklah luar. Bolehlah acah acah berdikari. Tapi kos sara hidup tinggilah berbanding duduk dalam.  

Tu je setakat ni tentang hostel yang aku pernah duduk. Hostel sekolah aku tu, aku rasa dah upgrade lah kot. Biasanya kita keluar ni barulah tiba tiba wujud benda ni benda tu bagai semua. 

0 comments: