Kuat

Aku menarik nafas dan melepaskan perlahan, seiring dengan kekusutan yang ada, aku mahu melepaskannya. Walaupun aku tahu, ia pasti datang kembali. Aku sedia untuk menghadapinya.

Hari bertambah, dan kenalan aku juga bertambah. Membuatkan aku sedar pelbagai ragam manusia yang perlu aku hadapi. Hanya meminta dari tuhan agar Dia meniupkan semangat, kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam diriku. Tanpa Dia, pasti aku tersalah memilih arah.

Sakit yang aku rasa, belum pulih sepenuhnya. Kadang ia datang menerjah dan aku rasa peritnya itu. Aku mahu keluar dari kekusutan ini, tapi mungkin sekarang belum masanya. Aku sabar menunggu "waktu" itu tiba. Aku hanya perlu yakin yang Dia sedang merancanakan sesuatu yang indah buatku. Biarlah perit ini ku rasakan sementara. Melalui kalamNya, aku tahu aku mampu menghadapi semua ini.

Moga aku kuat dengan kekuatanNya.
This entry was posted in

0 comments: