Blog Under Construction!

Sayu

Dah 5 hari dah awak. Saya cari awak merata tempat.

Petang petang saya and kakak jalan kaki cari awak satu kampung. Tanya mereka, kalau kalau mereka ternampak kelibat awak. Ternyata, jawapan hampa yang kami dengarkan.

Tiap detik saya teringatkan awak. Lebih daripada saya ingatkan result dan dia yang menghilang.

Selalu terbayang awak golek golek atas karpet hijau selepas makan dengan perut awak yang buncit tu. Selalu teringatkan awak naik atas katil kami untuk kejut kakak suruh bagi makan. Selalu terpandang cakaran awak di sofa baru mama tapi mama sedar jugak even awak cakar sorok sorok.

Sekarang ni saya dah tidur awal sedikit. Sebab kalau saya tidur lambat, mesti saya teringat untuk angkat awak masuk bilik dan letak atas katil awak. Saya tengok anime pun sekarang guna phone, sebab kalau guna laptop mesti terbayang yang awak akan naik atas laptop untuk tarik perhatian saya.

Kehadiran awak cukup membahagiakan kami sekeluarga. Merapatkan ukhwah kami. Kami saling tolong menolong untuk menjaga awak. Tapi, kami juga bergaduh sebab awak kalau awak berak and kencing dalam rumah.

Tapi takpelah, untuk awak segalanya kami sanggup lakukan.

Walaupun kehadiran mu hanya sebentar, tetapi ia cukup membahagiakan. Terima kasih, Ya Allah akan pinjamanmu ini. Banyak yang ku pelajari.

Alhamdulillah.

Tenanglah sayangku. Kau selalu di hatiku.

No comments: