Blog Under Construction!

Masjid putih

Rancangnya mahu pergi ke air leleh. Tapi, memandangkan hari mahu hujan, kami berdua pusing balik dan singgah di masjid putih. Siapa kami berdua itu? Tentulah aku dan kakak yang giat tanam anggur sekarang ni.


Masjid yang bagi aku sangat cantik ini terletak di bandar sendiri iaitu Pekan. Masjid ni dah lama dah tak pernah guna dan dia betul betul bersebelahan dengan kubur. Tapi, dalam dua tiga tahun lepas, kawasan di sekitar masjid ni telah dibangunkan. Mungkin disebabkan ia terletak berhampiran Muzium Sultan apa eh? Tak ingatlah. Dan faktor lainnya juga untuk menjaga kawasan Najib.


Teringat akan sepotong hadis yang menyebutkan bahawa antara tanda-tanda kiamat tu apabila manusia membanggakan bangunan-bangunan masjid. Ohh deep.

Di sekitar masjid ni juga ada banyak wakaf wakaf bercat putih membuatkan kita benar benar rasa berada di taman dalam bandar.


Memang kebiasaanya kalau pengantin pengantin tu buat photoshoot outdoor dekat sini lah sebab kat sini je yang cantik hihu. 


Harini aku rasa aku sedikit redha atas kehilangan kucing aku.. sikit je

No comments: