Balik kepada masa silam


Team 7.
Hatake Kakashi - sensei
Uzumaki Naruto
Uchiha Sasuke
Haruno Sakura

Bila orang tanya, sejak bila tengok Naruto?

Mungkin pelik?

Hm, sejak ditayangkan di tv3 dulu. Masa tu sekolah rendah lagi. Tak kenal lagi internet. Jadi, duk mencongok setiap hari khamis time maghrib. Kadang kadang (selalu) carut sebab iklan kemain banyak tension rasanya.

Dah masuk alam sekolah menengah, layan lagi. Tapi, takde masa sangat. Yelah, sebab duduk asrama katakan. Waktu tu jugak sibuk layan korea em.

Habis SPM, baru boleh tengok sepuasnya. Semua movie dah settle.

Personally, kalau orang tanya best sangat ke cerita ni, aku pun tak tahu nak jawab apa. Sebab dia kena tengok dari mula, baru ada feel. And bagi aku, cerita ni sangat legend and menyentuh perasaan la kalau tengok sebab dia sentuh tentang kekeluargaan. Contohnya, Naruto yang merupakan seorang anak yatim piatu and dia try so hard nak buat orang kampung sedar kehadiran dia walhal orang kampung benci dia waktu dia kecik sebab musang dalam badan dia. So sebab tu, dia sangat hargai Iruka sensei yang selalu ada untuk dia, Kakashi sensei and Jiraiya (orang tua gatal). Bila Jiraiya mati, Naruto frust macam hilang arah tujuan. Maybe macam aku kehilangan kucing...

Plus, dia sentuh tentang persahabatan, yang mana aku rasa sangat tulus ikhlas rasa sayang Naruto pada Sasuke and tekadnya Naruto tu nak bawa balik Sasuke ke Konoha. Selain tu, persahabatan antara Naruto dengan batch dia sangat kuat, dan kadang kadang rasa alangkah bagus ada dalam dunia tu.

Ada juga tentang percintaan iaitu Naruto and Hinata, Sasuke and Sakura, Kakashi sensei and Hanare dan lain lain. Even pada mulanya, Naruto ni minat dekat Sakura, tapi Hinata tak pernah give up pun untuk Naruto. Macam Sakura yang tak pernah give up untuk Sasuke and berharap pada Naruto untuk bawak balik Sasuke.

Nampak dari luar, kita akan rasa yang ia merupakan cerita kartun biasa macam cerita lawan lawan, ninja and else. Kita akan nampak macam cerita untuk budak budak bawah umur.

Tapi sebenarnya takdelah sangat. Ni first time cerita anime beratus episode yang aku tengok yang ada episode last sampai kawin sampai dapat anak.

Since aku dah tengok almost semua movie Naruto dan sebenarnya ramai dah khatam, mungkin lepas ni aku buat review satu persatu sementara result keluar. Yolaa stress macam macam. Layan anime je la hm.

Fyi, Manga Naruto yang pertama released pada tahun 1999. Pelukis Naruto sekarang dah 42 tahun. Dah lama dah kan cerita ni? Sebab tu la legend. Memang terbaiklaa kalau layan dari awal sampai habis.

Guess what... first time aku buat blog waktu  darjah 5 sebab terpengaruh dengan kakak aku. And, entri aku yang pertama ialah entri tentang Naruto sebab time tu aku bercita cita nak buat blog Naruto and buat la template warna oren... itu hanya angan angan. Tengok la sekarang, warna pink...
This entry was posted in

0 comments: