Penang Part 1

Assalamualaikum and greetings to all!

masalah negara amat menggawatkan ye sekarang. tak tahu apa nak jadi dengan tanah tumpah darahku ini. semakin hari semkain membimbangkan untuk generasi muda macam aku nih huhu. apapun, demi negara kita yang tercinta ini, kita doakan yang baik baik saje. semoga yang zalim tumpas, yang benar tegak.

walaupun dalam kegawatan ekonomi negara, haritu aku and my beloved family pergi bercoti ke Pulau Pinang. sebenarnya, tahun lepas aku dah pergi Penang sebab bejalan jalan dengan mama and abah. bertiga je taw!! kakak and abangah jangan jeles huhuhuhu. sebabnya, tahun lepas, lepas balik indon terus ke kedah sebab ada majlis sepupu sunat and alang aang ke penang sebab dekat en. tapi entry harini nak cerita pasal tahun ni punya perjalanan. **ekceli takdelah cerita mana sebab aku pelupa orangnya hihi.

sebenarnya vacation kali tu macam spontaneous la sebab semua family aku ada. abangah and kakak cotiii. mula mula nak ke johor tp cam bosan je huhu. then decide pergi ke penang. tapi, sebelum tu, kitorang stay perak dekat rumah Poksu. lagipun ada nenek sana. rindu kot lama tak jumpa?? lululu




ni sheda dan wazeef! comel sangat gewram betul i taw

Day 2

kebesokan harinya, kitorang bertolak ke penang dalam pukul 10 pagi. dalam perjalanan tu, kitorang singgah muara sungai perak. view dia masha Allah cantik sangat ok!


kakak memang dah takleh cover pipi dia yang besar tuu.


sorry gigi kitorang tak jarang sebab tu suka tayang.


 
  Kat sini ada jeti tulis 'Jabatan Laut Malaysia' time aku pergi tu, ramai sangat kaum india photoshoot thaipusam. 1 malaysia sangat chuolsss.


 
bajet sangat taw. tak tahu kenapa kecoklatan sangat haritu. bosan pulak rasanya tengok gambar sendiri.


Penang!!!

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ni ialah jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Selatan Asia yang mana panjangnya 24 km. memang panjanglaa. kemput jugak lalu situ sebab selalu terbayang tiba tiba kereta melayang masuk laut yang luas saujana mata memandang tu nauzubillah. laut kat sini tak bergelora sangat sebab laut ni merupakan laut selat melaka.

tahukah korang, selain melihat kaabah dan wajah ibu bapa, melihat laut juga satu pahala :)


sesampainya kitorang ke penang, kitorang terus singgah ke Padang Kota. bila pergi padang kota ni, tiba tiba aku rasa cam pergi bandar hilir melaka. sebab padang kota ni antara tempat bersejarah di penang. so, kepada sesiapa yang memang bercita cita nak jadi sejarawan ni, bolehlah ke padang kota huhuhu. tapi, kat padang kota ni, ada tinggalan sejarah omputih je. sebab tu, omputih suka pergi sini. '



nampak tak yang macam puting beliung kat belakang tu? time ni, kitorang pergi angin sepoi sepoi je. sekali bila awan awan tu datang ke tempat kitorang tu, rasa nak terbang je iolss taw. naseb baiklah berat iolss ni mampu melawan angin kuat namatey tu.



 rambut abangah macam kakmah. tu senanya spek abah. saje membajet. hidup kena bajet ok.



hidup kena membajet ok. even angin kuat macam nak terbang jasad serta roh ni, tapi kita kena bajet seperti tiada apa yang berlaku.walaupun pokok kelapa kat belakang tu macam nak tercabut akarnya dari tanah, tapi kita harus kuat k. jangan berumah ditepi pantai kalau takut angin. **peribahasa failed.

sebab angin dh kuat yang macam menghalau kitorang dr tempat tu, kitorang pergilah pekena pasembur yang berdekatan. pastu ada kedai kat situ. bila kitorang pergi, orang kedai semua serbu kitorunk cakap itu sedap ini sedap. eyyy lekla aku semboq sorang sorang kang. dekat sana, memang ramai sangat pengemis yang tak bertauliah. **pengemis pun kena ada tauliah ok! diorang tu senanya sindiket so dinasihatkan takyah lah derma kat diorang. sebab bila ko derma kat sorunk, yang lain terus datang kat ko. so, beware. nak buat kebajikan ke apa, pergi derma kat masjid tu.


lebih kurang rojak en.

bersembur tau tak iolss makan makanan ni. tak tau nak cakap apa, tapi lebih prefer rojak dr ni.

then, kitorang ke Batu Feringhi then check in hotel. malam tu terus jalan ke Pasar Malam Batu Feringhi. ramai sangat couple couple arab dekat sana. kecik tinggi besar semua ado. rasa macam kat negara orang pulak.


pasar malam tu kat tepi jalan. macam macam hado. beg pun beratus beratus harga kat sini. better takyah beli kat sini la kalau yang harga beratus ratus. tak padan.

Day 3

Haritu Hari Thaipusam. so ramai lah kaum India dekat sana buat kenduri. aku dok bayang bayang tiba tiba diorang menari tengah jalan macam dalam cite hindustan Bhajrangi Bhaijaan tu. huhu. warna warni ok sepanjang perjalanan tu.

  kebetulan pakai kurti bukan bermakna sambut Thaipusam k.

ni Empangan Teluk Bahang. biru sangat airnyaa. ramai jugak orang singgah sini sebab pemandangannya sangat memukau.

 

 

otw ke Bukit Bendera, kitorang lalu jalan Balik Pulau yang penuh cabaran memang lekok lekok laa. kalau yang jenis alah or mabuk mabuk tu memang akan termuntah muntah. tapi, bukan nak bangga daya ketahanan aku kuat lagi even pening pening lalat jugak lalu jalan ni hahah. apapun, kalau lalu jalan ni, kita akan nampak pemandangan yang amat indah sebab jalan ni atas bukit. dia lebih kurang jalan nak ke kemron hailands dahulu kala.



mabuk sebab lalu jalan balik pulau.

to be continued...

1 comments:

Izzah Azid said...

Nasib baik gigi tak jarang. Hahaha kurang ajaran jugak awak ni nil! ☹️��