Blog Under Construction!

tautan hati

maaf sebab saya tak dapat nak message. phone tu selalu jealous dengan saya. saya tak tahu kenapa.

sebenarnya, saya bukanlah orang yang terbaik untuk awak bertanya perkara sebegini. saya ni hanya tampak baik disebabkan Allah tutup aib saya. but, I will try my best berbekalkan pengalaman dan kata kata daripada mereka.

first of all, kenapa saya berniqab? itu hanyalah kehendak yang saya amat ingin tunaikan daripada saya seorang budak hingusan (but saya bukan seorang yang terlampau berhingus). seseorang yang sewaktu itu merasakan apabila melihat muslimah berniqab ini bagaikan merasakan ketenangan dan kedamaian. di tengah teriknya cahaya matahari, mereka menutup perhiasan mereka dengan berpakaian gelap. perkara sebegini memang mengujakan saya.

tetapi, apabila saya menjinakkan diri dalam niqab ini, sememangnya bukan semudah yang disangka. banyak halangan yang tiba. jadi, pada waktu itu, saya hanya mengharapkan kata kata semangat daripada mereka yang saya harapkan.

antaranya, sentiasa pasangkan niat apabila meletakkan niqab di wajah itu.

tetapi saya lupa, sebenarnya apa apa masalah yang saya hadapi, saya sepatutnya merujuk kepada Allah yang utama. I supposed to perform prayer and dua also reciting quranul karim. barulah saya mencari keluarga dan sahabat. saya tersilap mengorak langkah.

dan saya pernah diberitahu oleh sahabat saya di sini,

"apabila kita berasa sedih, ada masalah dan kecewa, bukalah Al Quran sambil minta pada Allah agar ditunjukkan jalan penyelesaian atau ubat kekecewaan. lalu, bacalah pada muka surat yang dibuka itu, Insha Allah, itu adalah mesej dari tuhan kita"

sentiasalah minta ketabahan dan kesabaran dari Allah S.W.T. mohon padanya agar kita dipinjamkan secebis kekuatanNya. usahlah dipinta hidup yang mudah, pintalah hati yang tabah untuk menghadapi masalah.

kita kalau nak jadi baik ni, Allah akan hantar orang orang yang baik untuk berada di samping kita. jadi, gunakan peluang itu sebaik mungkin.

kita perlu menghantar hati kita ini ke lembah lembah ilmu dan ajar jiwa kita untuk mencintai ilmu. jika tiada kesempatan untuk menghadiri taman syurga, bersihkanlah hati kita dengan motivasi motivasi daripada bahan bacaan ilmiah serta dendangkan bacaan Al Quran di telinga kita. cuba untuk basahkan lidah kita dengan zikrullah.

kita tidak selalu ada kesedaran untuk berbuat kebaikan kebaikan ini. tetapi, once Allah campakkan kesedaran dalam hati kita, gunalah sebaik mungkin. jangan diendahkan rasa itu.

kita ni bukannya manusia maksum yang imannya maintain je. solat awal tiap tiap masa. tak. kita ada kekurangan yang boleh diperbaiki. kerana itulah adanya solat taubat, adanya qiamulail untuk kita dekat dengan pencipta kita. selalu ingat, Dia bagi ujian pada kita sentiasa berhikmah. Dia rindu rintihan kita mungkin. atau, mungkin juga kita sudah leka melakukan kebaikan sampai tertimbul masalah dalam hati yang kita tidak sedar. lalu, Allah tegur kita dengan memberikan kita ujian.

so, jangan pernah penat. iman sentiasa turun dan naik. kadang kadang kita rasa tenangnya hidup. tetapi, kadang kadang sampai suatu tahap kita rasa penat, lemah tak bermaya untuk menghadapi hari hari esok. jadi, sentiasalah mencari remedy untuk hati kita. kita perlu bersedia untuk menghadapi fasa kejatuhan iman. jangan jatuh tidak berbangkit.

dekatlah dengan orang yang baik baik yang mencintai Allah. kalaupun orang itu tidak disukai kita tetapi kata-katanya mengasyikkan kita, ambillah kata-katanya sahaja. Umi Auni berpesan,

jangan dibenci pelakunya, tetapi bencilah perlakuannya. 

untuk awak yang sekolah agama sekarang ini, ambillah peluang di sekolah agama. dekatilah mereka mereka yang cinta akan agama. berbuat baiklah kepada guru guru. pintalah kata kata semangat daripada mereka.

kata kata ini tersemat kukuh di hati saya,

"jadilah ikan di laut. tidak terkesan dek kemasinan air. jangan terpengaruh dengan budaya luar ainil"-Ustazah Wan

kuatkan hati sayangku.  selagi kita memikirkan tentang dosa kita, itu tandanya kita masih punya iman. tabahkan hati. mungkin kita perlu masa untuk bersendirian dengan tuhan kita, mungkin juga hubungan kita dengan ibu bapa atau adik beradik yang kita tidak jaga menyebakan kita tidak tentu hala. mungkin dan mungkin. carilah Allah dalam apa jua perkara.

"kalau kita nak tambah kecintaan kita kepada orang, kita selalu bercakap dengannya kan. macam tu juga kalau kita nak cinta Allah, kenal Allah, kita kena selalu bercakap denganNya. mengadu masalah atau bercerita tentang sesuatu yang kita suka"-Neelofa

tabahlah sahabat. doaku sentiasa mengiringi orang orang yang disayangi.
moga Allah merahmati tiap tiap langkah kita dan beri kita petunjuk.
ihdinassiratol mustaqim wa la yukallifullahu nafsan illa wus'aha, kan ?

iloveyoulillah.

No comments: