kesedaran

setiap hari rasa macam cakap sorang. emm. perkara biasa bagi anak yang ketinggalan sensorang dalam rumah bersama kucingnya yang ditinggalkan oleh abang kakaknya yang sedang menuntut ilmu di universiti. perkara biasa nil. perkara biasa...

dan sebab itu lah aku blogging dengan harapan ada mata mata yang sudi membuang masanya untuk membaca taipan aku. harapannya moga tak layu umpama mata ku yang sentiasa kuyu. tahun ni spm. spm. spm. but, seperti biasa lah ayat aku yang dulu dulu, aku masih tiada kesedaran dengan sibuk melagha (contohnya blogging) walhal orang lain sedang sibuk menelan buku. aku pun nak juga rasa struggle gila namatey belajar tu. tapi, masalahnya sekarang aku tidak punya kesedaran. macam mana nak tingkatkan kesedaran aku agar aku sedar?

aku dah angkat meja jepun ke dalam bilik aku ni memandangkan meja study aku agak gelap dan hanya sesuai tempat untuk aku surf internet kerana kelengkapan yang cukup di meja study aku. tetapi, lampu study aku sudah aku bawa ke asrama. oleh itu suasana di bahagian meja study ni sangat gelap. jadi, bila aku duduk sini, aku rasakan hidupku penuh dengan kegelapan. githew.

aku baru tersedar yang lebih baik aku study daripada aku duduk melagha depan laptop ni. aku baru sedar. tapi, kesedaran tu hanyalah sedikit. bagaimana aku ingin menyedarkan diri aku dengan kesedaran yang banyak? bagaimana?

lalu, aku pun cuba membaca beberapa artikel artikel orang yang berjaya. malangnya, ia hanya membuatkan aku lebih banyak berangan. cara ini juga tidak mampu memberikan aku kesedaran.

selepas itu, aku terfikir, berapa banyak mama abah habiskan perbelanjaan untuk pembelajaran aku yang tak membangun ni. ok aku mulai sentap tetapi aku terus menaip. aku patut move on dari duduk sini. tetapi aku rasakan bilik aku bersepah. aku memerlukan suasana yang conducive untuk study. selepas aku kemas nanti, pasti sudah larut malam dan aku mulai kepenatan. aku merasakan aku patut tidur. dan besoknya aku bangun, perkara ini berulang lagi.

persoalannya, bilakah aku akan sedar?
mungkin time besok nak SPM, aku mempunyai kesedaran. tetapi apakan daya...

at pantai batu burok, terengganu.
with min yong tau fu. 

0 comments: