Blog Under Construction!

jangan tinggi expectation



assalamualaikum and greetings to all!

tak tahu nak mulakan post macam mana. harini ada kelas fizik lepastu tolong cikgu dekat bilik boss (riak) sebab air dari tangki tandas tu masha Allah melimpah limpah keluar habis buku teks (biarpun tak lebih dr 10)

lepas habis kelas fizik tu, masa salam cikgu, cikgu cakap,

"boleh tak dapat result fizik ok upt lepas ni. cikgu sedih sangat bila pengetua tunjuk result fizik semalam. malu sangat. korang buat yang terbaik lah lepas ni eh. cikgu harap sangat sangat. 5AF je harapan cikgu"
lepastu tiba tiba terasa ada satu daya yang bertindak ke atas bahu untuk digalas. fizik? ok? gila apa.
kalau tak ikut format pun, aku punya markah 48, D apatah lagi kalau ikut format?

fizik tu killer yang paling membunuh selepas addmath kot?


entahlah. semenjak dua menjak ni. macam kalau tidur tu pun, bangun terasa penat sebab nak tidur pun fikir nanti spm jd cemna kalau aku tidur ((walaupun sebenarnya tidur je lastnya)) lagi lagi malam semalam aku punya mimpi memang nightmares sungguh.

mimpi ku berbunyi begini.
aku pergi ambil result spm dekat kaunter yang bukak kat dewan tulah. tap result tu dalam sampul surat warna putih. then, aku tak bukak bukak pun sampai mak aku paksa bukak. aku berkali kali pesan dekat mak aku jangan expect too much dr aku sebab aku bukannya bijak. ((tapi knp mak aku cam marah bila aku ckp cemni bukanke setiap org ada kelainan tersendiri hahaha)) lepastu, aku bukaklah kan. aku taknak caya result aku. aku dapat 5A je yang lain B memang scary gila punya mimpi smpai dalam mimpi aku tu aku mengalami kemurungan yg berpanjangan pastu tiba tiba ternangis pastu terbangun sebab kucing naik atas muka aku.

perasaan aku tu macam "dihati ini hanya tuhan yang tahu" sadisnya apabila tidak mencapai target. aku target betulnya 8A je sebab kakak aku paling rendah 8A so aku taknak merendahkan lagi. tapi mampukah aku?

rasa macam air mata nak meleleh pulak dah. haa ni benci ni.
sedih kot. malu kot. aku tak tau apa yang aku rasa.
naluri jiwa ku kuat mengatakan aku tak mampu dapat straightA's dan takkan dapat. so cukuplah aku mengharapkan 8A. lagi 3 subjek tu antaranya ialah: sejarah, kimia, fizik dan addmath. kenapa sejarah kenapa bukan bio? sebab bagi aku sejarah lagi killer kot. banyak soalan kbatbommm. aku ni bukan lah tinggi sangat pemikirannya.

cepatlah habis spm. tiap tiap hari berdebar. tiap tiap hari rasa nak nangis. tiap tiap hari bercampur baur perasaan. kenapalah akal ni terlampau memikirkan tentang spm? tak boleh ke anggap spm tu macam biasa je?????

menyesal rasanya tak struggle dari awal. harini baru terhegeh hegeh nak cover bab lampau. ingat senang ke???

ya allah, mudahkanlah urusan aku. hanya mengharapkan kejayaan yang terbaik untuk membalas jasa kedua ibubapa kerana itu sahaja yang mampu dilakukan sebagai seorang pelajar.

susah benar nak hadam segala apa yang cikgu cakap. macam takde fibre pulak dalam perut sampai susah nak hadam.

kesian betul kan dekat diri sendiri? takpelah. buat selagi mampu.



No comments: