Blog Under Construction!

Niqab #2

Alhamdulillah for everything. apa yang Dia tunjukkan dekat aku memang buat aku sedar yang 'berhati-hati' tu perlu. memang kita bukan manusia yang maksum. tapi, kita kena berusaha supaya tidak buat perbuatan yang boleh menjatuhkan air muka kita sendiri. janganlah sebab kita diberi kepercayaan daripada orang lain, kita gunakan kepercayaan tu untuk menconteng arang di muka orang lain. aku mohon, jangan.


surely, Allah itu Al-Ghafir. He forgives our wrongdoings. Tapi, manusia bukannya Al-Ghafir. manusia susah untuk melupakan kesalahan yang pernah dilakukan orang kepadanya. mungkin kita kata, "Nabi boleh memaafkan umat, takkan kita tak boleh?" memang kita akan memaafkan. sebab itu yang dituntut dalam Islam. dalam hidup kita, memafkan itu mudah. tetapi, melupakan itu payah. perjalanan untuk melupakan itu yang membawa kita untuk berkelana jauh meninggalkan dia di belakang kita, perjalanan itu juga terkadang memberi kita rasa perit kecewa. ketika kita dalam perjalanan itu, berdoalah supaya attitude dia berubah. one day, Insha Allah. because people change.


kalau kita mendapati bahawa backstabbers itu merupakan pemakai tudung labuh, merupakan pemakai niqab. kita kena set mind kita, jangan salahkan apa yang dia pakai. kerana apa? kerana pakaian itu bukanlah pengukur iman. labuhnya tudung bukan bermakna labuhnya iman. pakaian yang dia pakai itu merupakan salah satu cara dia untuk dia dekat dengan Allah. cuba jadi seorang yang husnuzhon. seorang yang bersangka baik. walau macam mana pun attitude dia, dia tetap ada 'baik'nya juga. bukan kerana dia telah melakukan kejahatan & kesilapan terhadap kita, kita menghukum dia tanpa arah. menghukum apa yang ada pada dirinya. jangan. kerana apa? aurah is aurah. attitude is attitude. perka perkara ini merupakan konteks yang berbeza.



tetapi ingatlah muslimin dan muslimat, pastikan apa yang kita pakai melambangkan peribadi kita. untuk yang memakai Niqab, orang di luar sana memandang tinggi terhadap kita. jangan sebab attitude kita yang kotor, kita mencemarkan pakaian sunnah itu sehingga memberi tempias kepada pemakai Niqab yang lain. Hingga satu saat orang menganggap mereka semua sama. mereka pakai hanya ingin mendapat nama. bukannya kita pakai untuk menempah nama kita di persada dunia, bukannya kita pakai untuk menaikkan nama kita dikenali ramai. itu adalah niat yang benar benar salah.


check our intentions once again. check our imaan and our hearts. are we do this because of Allah? jika kita lakukan ini semua kerana manusia, tidak hairanlah jika kita masih sama. tetapi, jika kita lakukan kerana Allah, Insha Allah hati yang mempunyai Iman akan mengawasi setiap gerak geri kita supaya tidak melakukan apa apa yang boleh menjatuhkan maruah pakaian kita. kerana untuk yang memakai Niqab, kita telah memilih pakaian sunnah. sunnah isteri isteri baginda. jadi, contohilah juga peribadi mereka.


bila dah pakai Niqab, tutuplah mulut kita daripada menyebarkan cerita tentang orang lain. tak takut ke di akhirat nanti, Allah akan tayang setiap aib kita kalau kita jaja aib orang dekat orang lain? kita mungkin rasa orang lain pandang kita mulia. tetapi, in fact, kita lebih kenal siapa diri kita. kita sepatutnya malu jika orang lain pandang diri kita tinggi tapi sebenarnya kita yang amatlah rendah. lagi malu jika kita langsung tidak menyedarinya. check our hearts. jangan hanya pandai berbicara tanpa membaiki mana yang cela.



xoxo