Owner Post Follow Dash



ainilhusnaaa
ainilhusnaaa

Bonjour!



Greetings, I'm AinilHusna :)

Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Assalamualaikum and greetings. Fyi, I blogged everything and basically blogged about my lyfe of course for some memories. So, please respect my blogsss.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

Memories of A Dreamer

Throwback Darjah 6 ke Form 1 ke Form 2

 October 5, 2012

antara dua pilihan

Dengan nama Allah yang Maha Permurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah Ya Allah, puji-pujian hanya layak buat Mu. Pemilik segala isi dunia dan akhirat. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Assalamualaikum and greetings to all .




Abah cakap , abah respect dgn seorang sahabat sebab berani tampil dgn appearance macam tu . 
abah cakap , kalau kita nak ikut sunnah , memang akan diperlekehkan . .
abah bagi semangat lagi ,
dia cakap , kalau kita nak jadi baik . . memang susah . . mcm-2 benda jadi . sampai satu tahap , kita dah penat dan fikir buat ape benda tu semua , tak penting . . maknanya , iman kita rapuh . . tak dapat nak tahan dgn ujian Allah . . Macam ainil pakai stokin , orang mesti akan perli kan ? tapi , ainil senyum je kan ? abah percaya ainil boleh . kalau kita ikut sunnah , memang akan dipandang pelik . . hati kenalah tabah . sabar . usaha , doa , tawakkal . kalau kita nak jadi baik , Allah tolong kita . niat kita baik , Allah tolong kita .

Abang cakap , Islam kat mana orang pandang pelik . sebab tu , kalau kita ikut sunnah orang pandang pelik . sebab , nabi dah cakap Islam ni mana mana pun pelik . tak ke gitu ?

Kakak cakap , perbaiki hubungan dengan Allah . solat jaga . Insha Allah , kalau solat jaga ibadah lain turut terjaga . Insha Allah dapat istqomah .

Abah cakap lagi , abah n mama tak kisah ainil nak tudung labuh pakai purdah ikut sunnah . tapi , hati kena kuat , sabar , tabah dgn ujian . abah n mama always sokong . . .

Ainil Syakirah said , sy nak pakai , tapi . hidup dgn redha ibu bapa tu lebih penting .
mungkin ada hikmah sebalik semua nie , insha Allah , satu hari nanti diorang bg lah tu .. ameen 
But now , I have no strength nak pakai . dah tak rase pape . . mcm , perlu ke pakai ? Oh Allah , guide me to your way . . .

September 21, 2012

Dan kerana tuhanmu , bersabarlah . . .

 Dengan nama Allah yang Maha Permurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah Ya Allah, puji-pujian hanya layak buat Mu. Pemilik segala isi dunia dan akhirat. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Walaupun tidak ada sebarang coretan dalam 'diari maya' ni , tapi , tetap ada pengunjung singgah . saya ucapkan terima kasih kepada yang singgah dan mohon maaf juga kepada sahabat yang ternanti-nanti . (^^')

Apabila log in blogger , and tekan new post , segala idea yang datang tadi hilang terus . rasa kaku tak tau nak mencoret ape . Rasa jugak nak mencerita segala macam , tapi masa tak mengizinkan . suasana tak mengizinkan . * Never mind . Allah kan adaa . :)

Dugaan itu datang tak berhenti kan ? lepas satu , satu lagi datang . But I know , Allah sayang saya , thats why Dia uji saya .  And He knows the best , rightio ?

He know the best , yes . . Allah uji hamba-Nya untuk lihat sejauh mana kesabaran seseorang itu . Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tidak mampu . Allah itu kan Maha Mengasihani . .

Tekanan hidup semestinya ada . Masalah tak pernah lari . Keimanan terkadang kecundang dan payah untuk bangkit semula . Kecuaian dalam diri tatkala melakukan kerja sentiasa terjadi saat hati mula terhakis dalam bahagia .

Apa yang saya buat ? Mencipta kebahagiaan dalam kesedihan . Mencipta keberanian dalam ketakutan . mencipta kemenangan dalam kekalahan . kerana apa ? kerana bahagia itu kita sendiri yang cipta . cipta dengan walau apa pun cara mengikut syariat :)

Inilah namanya Life . Kehidupan ini adalah anugerah daripada Allah . Hanya kita yang mencorakkan kehidupan kita ini bagaimana . jika tidak ada gembira , sedih , marah , cemburu THERE IS NO LIFE . tiada warna . tiada decorate . Just kosong .

our lives like a revolving wheel. not always be on top.




Allah sayang kita . Dia kalau boleh tak nak kita sedih . So , janganlah takbur dengan-Nya . Setiap apa yang dia takdirkan untuk kita ada hikmahnya . Cuma , kita perlu mencari hikmah itu di mana terletaknya . Allah itu Maha Mengasihani . Allah itu sentiasa dekat dengan kita . Tetapi , kita yang menjauhi Dia dengan maksiat yang kita lakukan . Tanpa sedar . . ataupun secara sedar .

Allah sayang kita . Dia tahu yang terbaik buat kita . Apa yang akan terjadi pada kita . Hanya kita perlu berusaha . Allah tak nak tautkan hati kita kepada sesiapa yang tidak baik untuk kita kerana Dia tahu . . He knows well . 

Allah sayang kita . Sebab tu Dia menguji kita . Dia tau yang kita mampu . Allah sudah berfirman melalui ayat ayat cinta-Nya . Hanya kita yang malas mengambil peduli . Allah menguji kita untuk mengukur sejauh mana iman kita , kan ? Allah tau kita lemah . Sebab tu , Allah bagi ayat ayat-Nya yang untuk mengubat penyakit penyakit kronik dalam hati kita . Allah tau yang terbaik .


Hakikatnya ? Kita sendiri yang menjauhi Allah . Allah tak pernah jauh daripada kita . Allah sayang kita . Allah bagi kita macam macam . Tapi , sanggup kah hati kita menghargai pemberian daripada Pemberi ? Allah itu sentiasa dekat . Dan berdoalah kepada Allah , nescaya akan dimakbulkan . . 


Cubalah beri sesuatu yang bernilai buat diri, kerana hidup adalah anugerah. Wallahua’lam.

August 4, 2012

#Self reflection

.................

And i ask a sister that i believe more some ques , she told me ,

yup .. smestinyaa ..adek ainil ..seriously akaq ckap ..te bukan nyaa manusia y maksum ..rite ..apa org nk ckp ..ikt diorg ..kalau akaq .. nasihat org skali pon .. dlm mse y sama akaq akan cbe perbaiki diri akaq ..ap y pnting ..hati dn niat ..fham kan .. ? mgkintuu sndri ujian bt kte dlam mmbentuk diri sbgai seorg da'ie muda cm kte nii .. ap org nk ckp .. jus go on .. penting kte teguh atas perinsip kte . allah with u dear ..

she told me more ,

oke dear .. listen me ..itu adalah perkara biasa ..dn fitrah manusia ..rite ?n tk smue mnusia smpurna ..kadang2 kte perlu berdakwah atau dngn kata ringn 'nasihat-menasihati 'sbb apa .. ble kte nsihat org ..fkoz dlam mse sme kte akn mmperbaiki kelemahan kte .. rite ? seriously .. akaq pun mcm tuu .. tp , apa2 pun ... kte sme2 berubah kearah y lbih baek .. me2 mrngkak dalam meraih secebis redha allah

* I just want you to explain ' WHY ' . however , I have no courage to ask . because , I always thought that you not serious . Ohh , please . tell me the truth .. *

Allah , please guide us to Your way .

May 25, 2012

Indahnya perancangan Allah

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Puji-pujian hanya layak buat Mu, Tuhan sekelian alam. Pemilik segala isi dunia dan akhirat. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Dalam pukul 11 tadi tengah duduk berborak, adalah seorang lelaki yang memakai baju biru ni tanya,
"ainil ada?"

P. Ketua kelas pun kata, "Ainil, ada org nak jumpa."

Buat biasa je lagi. 

"Wei Aini, ada orang nak jumpa."

"Mendape?" Sambil tengah jalan.

Lelaki yang memakai baju biru tu pun kata. "Mudir nak jumpa, kat pejabat. cepat ah" 

Pana.

"Cepat ah."

Debar gila rasa. Smataf 2 kali kena panggil. Ihsan pun kena panggil jugak err ? dgn muka ketat abis gi la ke pejabat. -.-



Alhamdulillah. kita merancang Allah juga merancang. Tetapi perancangan Allah itu lebih baik. Segala puji bagi Allah yang Maha Pemberi Rezeki. Tidak ku minta tetapi Allah itu Maha Permurah, Maha Penyayang. Dapat hadiah dari mudir berupa sebuah buku yang ditaja Yusuf Zamain bertajuk 'Di Balik Tabir Kematian'

Indah sungguh perancangan Allah. Kini Allah menemukan aku dengan buku itu untuk sentiasa menjadi panduan dalam menjaga imanku yang sentiasa rapuh ini. Ya Allah, sayangnya Engkau pada hamba -Mu ini.

May 5, 2012

Rapuh Iman, Runtuh Segalanya

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas segala kurniaan nikmat Iman, Islam & Ihsan yang telah Engkau berikan. Selawat dan salam buat manusia agung, pembawa rahmat buat seluruh alam, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian. 
Petang tadi telefon seorang rakan. Haish, rindu awak tau. Terlintas nak tanya, 
"Ainil, Hafal Quran banyak mana dah?"
"Al Baqarah muka surat 12 baru."
"Aaaaaaaaaaaaaaaaa!" <--- reaksi aku ^^'
Moga istiqomah dalam hafalan ye Ainil Syakirah. Insya Allah. 
Membakar betul semangat aku nak menghafal. Tapi, fikir. susahlah nak hafal. bukan saya kata tapi itulah kenyataannya. So, untuk memudahkan, cari doa untuk senang hafal.
Searching.......... 

Alhamdulillah jumpa. Bila dah hafal and then yakin. Ye yakin. memang senang nak masuk otak. Alhamdulillah!
Kalau kita yakin dengan kekuasaan Allah, Insya Allah.
Allah akan tunjukkan kekuasaan Dia pada kita.
Tapi, kadang kadang kita tak nampak.


Exam Fever 

Pernah Ainil Syakirah cakap,

"Ainil nk jd baikkan? dekatlah dengan orang yang baik."

"Susah lah Ainil. Sebab ho'ah."

Ho'ah = Sebab saya bukan seorang yang ringan mulut. Berat sikit. Kaskaskas

Saya tau, Ainil Syakirah sokmu pegang dengan kata kata ni kan ?

"Kalau kita nak jadi baik, Allah akan temukan kita dengan orang orang baik baikkan?"

Yep. Sebab Allah nak tunjukkan, bukan kita seorang je yang nak jadi baik. Ramai lagi. Sebab tu, bersyukurlah jika hidayah masuk dalam diri kita. kita memang insan yang bertuah. Ye dok? Dan untuk menjadi baik ni bukan senang. banyak dugaan yang kita hadapi. semakin banyak syaitan yang suka menggoda kita. seperti apa yang saya rasa.

Kadang-kadang saya rasa, perlu ke saya jadi macam ni ? Apa hati saya bagitau, perlu la, ini utk akhirat mu, mu tau d0p ? Sebab, major sekarang tak fikir pun pasal benda tukan ? Kalau anda fikir apa yang anda buat sekarang ni berbaloi tak utk akhirat anda, bersyukurlah, anda masih punya Iman.
Seperti contoh, bila saya bertudung labuh ke luar dan seikhlas hati memang saya nak bertudung labuh menutup aurat dengan sempurna. Allah temukan kita dengan orang yang seumpama dengan kita. Allah nak tunjuk, bukan kita seorang tetapi, ada lagi. Bila saya pakai penampilan tu, macam entahlah. Tak taulah nak cakap cane. Banyak sangat dah Allah tunjukkan kekuasaan Dia pada saya sampai tak tau nak kata. rasa terlampau hina. dan hinanya saya ni yang sanggup langgar perintah Dia padahal macam macam Allah bagi dekat saya walalupun saya tak mintak pun benda tu.

kekadang, bila saya rasa stress and the geng tu. saya rasa usaha saya untuk menjadi baik itu punoh habes. sebab, saya rasa macam takda hasil. masa tu bila setan menguasai diri, bila hati sy nk motivate diri pun mmg tak boleh dh. sokmu jugak hati ni pujok, setan ganggu tu, dok soh lyn pung. tapi, sebagai fitrah, saya tak boleh. satu cara yang boleh sy buat. lari dari kenyataan iaitu tidur. ^^'

And the conclusion, seperti yang Kak Husna cakap, untuk menjadi baik tu memang memerlukan air mata. memang susah. jadi bersyukurlah jika korang rasa kesusahan tu. sebab kesusahan tu hanya dilalui oleh orang yang nak jadi soleh atau solehah. yang sedang menuju Mardhatillah. Keredhaan-Nya Maghfirah-Nya. 

Memang susah nak digambarkan ujian tu. Ye ujian bergolek datang sampai saya yang berusia 14 tahun ni rasa macam perlu ke aku buat gini ? sebab saya rasa macam dah tak mampu laluinya. Tapi sebab saya yakin dengan apa yang saya lalui sepanjang pengambaraan saya di bumi Allah ini, tujuan saya hidup untuk mencari amal untuk dibawa ke akhirat. bukan semata semata untuk berfesyen dan yang sewaktu dengannya. Saya pun manusia. ada je buat dosa. memang tak terlepas. saya pun ada jugak nafsunya. sebab saya bukan malaikat. Iman saya bukan setebal kamus dewan. iman saya lagi tipis dari kulit bawang. Jika Iman saya Rapuh, Runtuhlah segalanya. 


April 27, 2012

Menuju Mardhatillah



Assalamualaikum.
I want to tell you something.
Did you know?
I'm not a good person.
Everyone make some mistakes.
Yeah, lagi lagi saya. 
Hanya manusia biasa yang menuju mardhatillah.
But, seriously, I want to tell you something important.
Life is difficult.
Even nak kata hidup ni like a bed of roses pon,
Bunga ada duri pun ada.
So?
What do you think?
People changed right?
Like me.
Sometimes I want to be a good muslimah. 
I can say it just one day.
But, lepas tu..
What happen to me?
I became the old of me.
Huh,
Perubahan tu amat sukar. perit.
tak rasa ke?
did you know why ?
because awak tak berubah.
hmmm,
perubahan memang memerlukan air mata kan?
mengaku,
kesal dengan diri sendiri.
dan soalan mengarut cipan tahan gaban keluar.
sorry to say,
tapi ni lah soalan yang keluar dalam otak aku,
bila aku tak buat kebaikan
"Allah, adakah aku sudah tidak mempunyai Iman?"
"Mengapakah aku sukar untuk berubah?"
"Menuju kepada-Mu"
"Adakah aku bukan orang yang terpilih untuk menikmati syurga-Mu?"
lalu aku tertidur.
apabila aku bangun, 
ia berulang lagi.
What should I do now?
I don't know what should I do.
Seriously, I need someone 
untuk sentiasa memimpin ke arah-Nya
Send them to me.
Allahumma Ameen.
I need you help.
Mohon Ya Allah. 
Jangan Engkau pesongkan hati aku.
Mohon Ya Allah.
Aku terlampau mengharap.
Pilihlah aku. Pilihlah aku. Pilihlah aku.
Allahumma ameen. allahumma solli ameen. 
lahaulawalaquataillabillah.
tiada yang kuat melainkan-Mu.
I need someone.
yang pabila aku pandang dia, 
pasti aku teringatkan Engkau.
Dengan segala kekuatan Mu.
Makbulkanlah.
Dengan air mata ku ini,
menjadi saksi di padang Mahsyar nanti.
bahawa aku ingin menuju Mardhatillah.
Insya Allah
Allahumma Ameen.

March 14, 2012

Melayari lautan bersama masa

Assalamualaikum and greetings to all (:  

Dengan nama Allah yang Maha Permurah lagi Maha Penyayang.



Alhamdulillah Ya Allah, puji-pujian hanya layak buat Mu. Pemilik segala isi dunia dan akhirat. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Masa relatif dengan sesuatu.

Situasi 1
Masa yang diberikan untuk belajar Sains, sejam. Terasa singkat. sangat singkat. Rasa tak puas dengar cikgu bercakap kat depan. menerang segala benda. singkatnya masa.

Situasi 2
Masa yang diberikan untuk belajar KH, Geog, Sej., sejam. Ya Allah, hanya Allah yang tahu betapa 'gembira'nya aku belajar subjek-2 ni. menguji tahap keimanan dan kesabaran. Cikgu, fahamilah anak muridmu ini. sayup je suara cikgu mengajar. ditambah dengan angin sepoi sepoi bahasa. wow 


------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fakta bukan Auta
Sedang memikirkan masa yang sesuai untuk study
Masih tak jumpa
Lagi berapa hari je nak periksa 18 subjek tu.
Ditambah dengan Islah Nafsi
Wow 
Confirm 100 belaka 

February 4, 2012

Kalau dapat A periksa, tapi tak pernah berubah sama gak an?

Assalamualaikum and greetings to all (:  

Dengan nama Allah yang Maha Permurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah Ya Allah, puji-pujian hanya layak buat Mu. Pemilik segala isi dunia dan akhirat. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah membenarkan aku untuk menghirup udara Mu pada hari ini. Ya Allah, jika kehidupan yang panjang itu baik bagi ku, maka lanjutkanlah nyawaku. Jika, kematian itu lebih baik untukku, maka tariklah nyawa ku Ya Allah. Ameen. :)

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kekuatan kepada ku untuk menempuh dugaan dugaan yang telah Engkau hadapkan kepadaku. sesungguhnya, Engkau tidak akan memberi dugaan yang aku tidak mampu hadapi. Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Dah lama jari jari ini tak menekan keyboard. tak menggerakkan cursor. tak download itu ini. rindu je nak buat semua tu. pernah sesekali, hati ini meronta ronta ingin update blog. bercerita berbagai bagai ceritera yang tak pernah habis. tetapi, peraturan yang tidak membenarkan membawa laptop ke sekolah menghalang. -.-

Kadang kadang, terlintas juga di hati ini soalan, 'kenapa otak aku ni lembap sangat tak pernah nak ingat hafalan?' and actually dah bermacam macam cara buat untuk ingat 9 subjek agama tu. tapi, tak pernah pernah nak masuk. and sejujurnya, pernah menangis. pelik, kenapa aku tak macam orang lain yang kuat ingatannya.

Tapi, iman di hati ini memujuk. otak mengiakan. diri terus berkata sejujurnya.

"sebenarnya aku tak pernah kisah samaada peperiksaan aku gagal ataupun lulus. aku pun pelik, hati ini tak terasa sedih bila tahu ada subjek gagal. diri ini tak sama dengan rakan rakan ku yang kecewa akan resultnya. bagi aku, hasil itu tak penting mana pun. usaha tu yang penting. dan sememangnya tak penting. hati ini terus berkata. kadang kadang, orang yang lulus dalam peperiksaan subjek agama tidak lulus dari segi akhlak dan imannya. feqah, tafsir, tauhid dan bermacam macam lagi dapat A. 100 percent. tapi mereka tak mengamalkannya. hati aku ini cuba untuk memujuk lagi. Ainil Husna, even you fail in the exam, but Insha Allah. in your life, you never fail. never and ever. biarlah orang nak kata apa pun. kau dah usaha. tapi, Allah tak mengizinkannya. must redha even orang nak kata kita ni malas. padahal diaorang tak tau usaha kita macam mana. redha. periksa tu tak penting. amal tu yang penting."

Walaupun tahu, otak lambat nak pick up. diri ini terus berusaha. hati kata takpe. usaha je terus. mana tau tetiba lulus periksa. tapi, kalau fail takpe gak. tak dapat nak gambar macam mana nak terangkan perasaan. memang tak boleh nak digambarkan dengan kata kata mahupun ungkapan. biarlah terpendam. and biarlah Allah dan aku je yang tau. :)

Ya Allah, jika Engkau mengkehendaki aku gagal dalam periksa ku, aku redha. Tapi, jangalah Engkau gagalkan iman aku. akhlak ku. ibadah ku. Amin..

Salam Maulidur Rasul.

January 8, 2012

life is short.

Assalamualaikum and greetings to all (:  

Dengan nama Allah yang Maha Permurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah Ya Allah, puji-pujian hanya layak buat Mu. Pemilik segala isi dunia dan akhirat. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.


Alhamdulillah for this entry yang berjaya dibuat. err, a few hour lagi. haha^^. impressive bagai nak gila betul. and that the azam and the perbuatan nak buat kat sana. Hee~


  1. want to be a simpleton person. erk, haha^^
  2. give smile to everyone. Insya Allah
And for all of you, may Allah bless. make the world always in bless. may this year boleh jadi better than last year. maybe ah. Insha Allah. and pray for me that I will be better person. erk, maybe maybe. Insha Allah. 

Aku betul betul tak boleh masuk with the other writers selain Hlovate. bahasa skema abis. 
buy a new novel. bantai jelah. hihi. hlovate tak kuar lagi novel baru.

January 5, 2012

Being positive + negative = ?

Assalamualaikum and greetings to all (:

Dengan nama Allah yang Maha Permurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah Ya Allah, puji-pujian hanya layak buat Mu. Pemilik segala isi dunia dan akhirat. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah, buat kali pertama aku bertinta bagi sesi persekolahan. mungkin selepas ini, aku akan jarang menulis di blog yang sudah putih ini. dan blog ini akan terus sepi dan hanya ditemani dengan lagu yang takpernah henti. dan peniaga peniaga blog berpusu pusu masuk blog aku. -.-

Selepas ini, tiada lagi entri. tiada lagi cerpen. tiada lagi CB di penulisan2u. tiada lagi facebook dan sebagainya di waktu persekolahan. dan selepas ini tiada lagi Mr. Teddy yang selalu menemani aku. (Teddy mama beli waktu darjah 3) 

Header menerangkan segala galanya. Nana Asyirah Unavailable. Yang available just Ainil Husna a student yang tak kisah hal sekeliling dan bajet takde problem. Uhhh. just want to be a simple person that tak serabut bla bla whatever like that la. and the student that move from a school to another school and move lagi move lagi. and just want to try to be perfect even that perkataan tu memang tak wujud dalam diri. and yeah, goodbye Pekan Pahang. Hello Kuantan.

And the other story, aku perwaris segala baju baju and tudung labuh mama. not too much rightio?

and for you all, may Allah bless. and make azam baru for this new year 2012. and be a good person. and whatever that positive lah. errr.Assalamualaikum.

//Too many 'and' here right? Cikgu BI jangan marah ye

December 26, 2011

Yang tertutup itu lebih Indah (^_^)

Assalamualaikum and greetings to all (:  

Dengan nama Allah yang Maha Permurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah Ya Allah, puji-pujian hanya layak buat Mu. Pemilik segala isi dunia dan akhirat. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah, sujud syukurku buat Mu, Sang Pencipta Alam. Daripada tadi, aku tidak tidur. memikirkan tentang diriku. Alhamdulillah, tak sia sia juga aku bersengkang mata malam ini untuk mencari jawapan. Alhamdulillah Ya Allah.

Di sini, aku ingin berkongsi cerita mengenai penampilan ku. aku sudah memikirkan masak masak. setelah ku solat sunat pada malam ini, Allah menemukan aku dengan beberapa artikel. Harap mama faham kenapa anak mama ni suka bersengkang mata. katanya nak cari ketenangan pabila orang nyenyak tidur. (^^')

Hidayah ini menyapa tanpa disedari melembutkan hati untuk merapatkan diri kepada Ilahi. Hati terasa teruja melakukan kebaikan, langkah laju diatur ke denai-denai majlis Ilmu, bibir pula tak henti melafazkan zikrullah mahupun doa agar Allah menguatkan hati untuk terus ada di jalan yang benar ini.
Alhamdulillah, hidayah ini juga sampai kepada ku tanpa ku sedari. sedikit demi sedikit hati ku berubah. berubah mencari jalan kanan. kamu tidak tahu, tapi Allah Maha Mengetahui. (^_^)

Aku tersenyum sendirian. memikirkan apa yang bakal jadi akan datang jika aku bertudung labuh. keluarga ku biasa biasa sahaja. tiada yang bertudung labuh. solat 5 waktu, aurat semua dijaga. Alhamdulillah. tetapi, kadang kadang, hati ini terasa sebak tiba tiba. mampuku ke aku lalui semua itu? Lagi lagi, keluarga ku tiada siapa yang mahu memberi sokongan. Namun setelah nur menerangi hati ku ini. aku yakin aku mampu lakukannya jika mereka mampu.

Mungkin sesetengah golongan yang bertudung labuh ini daripada kecil dididik, dibiasakan dengan susana sebegitu. ibunya, adik beradik perempuannya memakai tudung labuh. tetapi, aku lain. tiada siapa. (^_^) Aku sebenarnya takut jika dibagi pandangan pelik dari orang lain. takut dicemuh. segalanya. daripada masyarakat sekeliling aku tak berapa kisah tapi dari saudara maraku yang terdekat. kadang kadang, bila mereka berkata

'tak yah pakai tudung labuh takpe.'
'harap je pakai tudung labuh, perangai -.-'

Tapi kan saudara maraku, aku ini manusia yang lemah. hati ku ini juga lemah, sensitif. sentiasa melakukan kesilapan. aku ini memang diciptakan lemah. adakah kamu itu kuat wahai saudara maraku. sekuat manakah kamu? adakah kamu tidak pernah melakukan dosa? sesungguhnya, kalau kamu berkata begitu, tabik springlah aku pada kamu (^^)

Aku mengakui aku lebih selesa bertudung labuh tika bersama kawan kawan ku. aku tak tipu, hati aku yang mengatakan sendiri. apabila dengan family aku, sesuatu perasaan menusuk kalbu. Malu. Kecuali abangku. dialah yang aku rasa memberi sokongan buatku. (^_^) ketika berjalan dengan mereka. entah. tapi, terpencil dia hati ku mengatakan sebegitu.


Bas mula bergerak menuju ke destinasi. Aku duduk seorang diri. Begku letakkan di kerusi sebelahku. Sengaja. Aku tidak mahu ada orang duduk di situ. Tiba-tiba..
'Kak, boleh saya duduk kat sini?'
Seorang pemuda berusia dalam lingkungan 20-an menegurku. Aku memandangnya sekilas.
'Suka-suka je panggil aku kakak. Mentang-mentang aku pakai tudung labuh. Tak nampak ke aku bawa beg sekolah ni?'
Aku serba-salah. Aku bimbang peristiwa itu akan berulang lagi. Tanganku perlahan-lahan mengambil beg di sebelah tempat dudukku. Pemuda itu juga kelihatan teragak-agak untuk duduk. Dia sekadar duduk di hujung kerusi. Langsung tidak bersentuh bahu denganku. Aku tersenyum. Lega.
'Sekolah lagi ke?'
Aku tersentak apabila suara lelaki itu menegurku. Aku menoleh dan mengangguk.
'Sekolah agama ke? Kat mana?'
' A'ah, sekolah agama kat Langat'
'Ooh..yeke. Baguslah adik pakai macam ni bila keluar. Jangan pakai tudung labuh kat dalam sekolah je. Orang yang pakai tudung labuh ni, maruahnya terjaga. Bila pakai tudung labuh, orang tak berani mengurat. Hihi..'
Aku terdiam mendengar kata-katanya. Terasa kata-kata itu benar-benar tepat menikam di hatiku.

Aku mengakui, ketika aku bertudung labuh. aku tidak diganggu, tidak dipandang. semuanya yang memandang aku  tersenyum. aku hanya membalas.  tetapi, bukanlah aku ingin memakai tudung labuh itu aku mahu dipandang hormat. aku pakai kerana Allah. kerana Dia menemukan aku dengan mereka. mereka yang baik di facebook. mereka yang berniqob. mereka yang memberi nasihat kepadaku di saat orang lain membebel.

Apa yang membuat semangat aku itu terus berkobar kobar, sejak aku menjumpai blog Bidadari Besi. indah sungguh kata katanya. Aku add dia dalam facebook. bertanyakan soalan. dia seorang yang peramah. disenangi aku. dialah yang menolong aku, memberi semangat buat ku. Allah menghantarnya kepada ku untuk memberi semangat, sokongan, nasihat di saat semuanya tidak mengerti. terima kasih Kak Asma'

Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang kuterima, “ Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al – Ahzab ayat 59 maksud dan tafsirannyaWalaupun aku turut mengenali teman – teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini aku memilih tudung labuh merana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-nya.

December 21, 2011

Penyakit kronik dalam jiwa.

Assalamualaikum and greetings to all (:  

Dengan nama Allah yang Maha Permurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah Ya Allah, puji-pujian hanya layak buat Mu. Pemilik segala isi dunia dan akhirat. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Location- Sekolah Kebangsaan Seri Biram 

Alhamdulillah, semalam everything berjalan lancar. tak berapa lancar kut, sebab hujan. Kuang-3. Tapi, jumpa amni tu dapatlah melepaskan rindu. err, yeke? Hmm, 5 jam duduk betapa kat bandar. meredah hujan badai bersama. Kah-3. harap takda sapa demam lah. Insya Allah. kalau demam, bukan salah aku. Ngee~

That perenggan tu introduction bagi entri harini.  Hehe. Korang pernah kumpul buku? Mean, kumpul buku lah. Majalah pilihan sendiri. Ha, aku ada. Dan, bila tengok balik. tak sia sia rupanya aku kumpul buku ilmiah selama ini. Buku buku tu dapat mengubati penyakit kronik dalam badan bak kata kakak aku.

Masa aku kecik kecik, budak sekolah rendah. aku suka baca Majalah Asuh. Memang aku tabik springlah dengan pembuat Majalah Asuh. Entah berapa banyak majalah tu aku kumpul. Tapi apa yang aku pasti, aku tak rasa benda tu sesuatu yang sia sia. aku tak rasa sangat sangat. Majalah tu sesuai dengan budak sekolah rendah. Doa, dia pun ringkas padat. Pendek kata, senang dibaca senang difaham.



Dan sekarang sudah ke alam menengah, aku fikir takkan nak baca lagi kut majalah tu. Maksudnya, buku yang lagi tebal. Maybe. And then, kakak aku beli Novel Hlovate. Sebut pasal Hlovate, mesti semua pernah dengar nama penulis tukan. Anda yang baca ni pun pernah nampak sebab beberapa saat yang lalu anda nampak. Dalam blog ni, banyak cerita pasal Hlovate. Geledah, jumpa lah tu. Hlovate, nama macam tulis novel dooh je dok? Tapi, sebenarnya dalam novel dia banyak sangat benda yang berfaedah. memang aku rasa tak sesuai dengan harga 20 hinggit tu. banyak ilmu diperoleh yang dapat menyembuh kan penyakit kronik dalam jiwa manusia. Sumpah, betul. Yang paling ketaranya Contengan Jalanan.



Dan yang ketiga, majalah yang sentiasa aku baca adalah Solusi. Ye, tepuk tangan. majalah tu kakak aku punya. Kira dia pelanggan setia majalah solusi. Artikel dia kat blog pun dapat masuk majalah Solusi edisi 37. Dan sekali lagi tepuk tangan. Majalah ni sangat sangat bagus.  Ini artikel my beloved sister yang masuk majalah.



"SOLUSI"-Mungkin ada antara kita yang pernah mendengar nama majalah ni.Atau mungkin ada yang sedang giat mengumpul setiap siri yang dikeluarkan terbitan majalah ini.Sepanjang perkenalan saya dengan bahan bacaan yang bersifat ilmiah, saya dapati majalah ini adalah antara yang terbaik dan patut dimiliki oleh setiap daripada kita.Saya rasa tidak ada ruginya jika kita memperuntukkan wang berjumlah RM 9.00 utk sesuatu yg bisa menjadi ubat bagi segala penyakit dalaman yg kian aktif menggigit tubuh badan kita memandangkan tuntutan hidup yang menyesakkan jiwa. Kekangan2 hidup yg kita alami ketika ini membuatkan ramai antara kita yang terlupa untuk merawat hati mereka.Pelbagai penyakit kronik mula singgah di tubuh badan kita tanpa kita sedari bahawa segalanya bermula dari hati yang tidak sihat. Hal ini bukan shj membuatkan perasaan menjadi gundah malah kualiti hubungan kemanusiaan dan pencapaian di tempat kerja juga mula merosot.Serba-serbi menjadi tak kena. rupa-rupanya si tuan badan telah lupa utk 'service' jiwa dan hati mereka yg merintih mahukan pembaharuan. 

Majalah ini bukan sahaja banyak membicarakan soal hati, malah penerangan serta kupasan yang amat jelas dan menarik mampu membuatkan kita utk terus membelek serta meneliti setiap patah perkataaan yang tertulis. Pengisiannya turut disaratkan dengan cerita2 teladan dan terjemahan surah2 al-quran. Cara tepat mengerjakan fardu ain juga turut dimuatkan dan tidak ketinggalan adab2 seorang muslim dalam kehidupan seharian. Penyampaian yang cukup bersahaja dan santai mampu membuatkan para pembaca tidak mahu melepaskan peluang mengikuti setiap siri yang dikeluarkan dengan topik2 menarik dan terkini.

Majalah ini bukan sahaja banyak membicarakan soal hati, malah penerangan serta kupasan yang amat jelas dan menarik mampu membuatkan kita utk terus membelek serta meneliti setiap patah perkataaan yang tertulis. Pengisiannya turut disaratkan dengan cerita2 teladan dan terjemahan surah2 al-quran. Cara tepat mengerjakan fardu ain juga turut dimuatkan dan tidak ketinggalan adab2 seorang muslim dalam kehidupan seharian. Penyampaian yang cukup bersahaja dan santai mampu membuatkan para pembaca tidak mahu melepaskan peluang mengikuti setiap siri yang dikeluarkan dengan topik2 menarik dan terkini.

Aku syorkan buat semua janganlah membazir duit untuk beli buku buku tak berfaedah. Merugikan. Ye, merugikan. Tiada satu ilmu yang dapat dari buku buku tersebut. sangat tidak ada. Hanya kerana artis yang tak pernah kenal wajah kau tu engkau sanggup beli majalah itu. Renung-renungkanlah. Ada cara lain yang kita boleh buat hiburan.

Aku sayang kau Amni. 
dah lama tak kena buli dengan kau.
Kah-3

December 19, 2011

Dan dialah bidadari yang menghiasi bumi ;)

Assalamualaikum and greetings to all (: 

Dengan nama Allah yang Maha Permurah lagi Maha Penyayang. 

Alhamdulillah Ya Allah, puji-pujian hanya layak buat Mu. Pemilik segala isi dunia dan akhirat. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah Ya Allah sekali lagi aku dapat menulis dalam blog tak seberapa ini dan syukur Ya Allah kerana engkau telah menemukan dengan erti hidup. Alhamdulillah Ya Allah. And now, aku ingin kongsikan artikel that I have read before. Much of sesuai dengan lagu dalam blog ini. Outlandish-Aicha. InsyaAllah.

Perbualan ibu dan anak menyingkap di sebaik maksud "Sebaik baik perhiasan di dunia adalah wanita solehah"

Wahai ibuku…apakah yang dimaksudkan ‘Wanita perhiasan dunia, sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah’?

Wahai anakku…
Wanita hiasan dunia ialah wanita yang umpama sebutir berlian yang berada di atas mahkota terletak elok menjadi tumpuan dan idaman orang yang melihatnya. Wanita solehah pula umpama sebutir berlian yang berada di dalam lumpur tidak ada sesiapa yang tahu kehadirannya.

Mengapa wanita hiasan dunia di letakkan ditempat yang terpuji? sedangkan wanita solehah itu berada di dalam lumpur. Bukankah sepatutnya ia dimuliakan seperti di atas takhta? Apa bezanya, wahai ibuku…?

Wahai anakku…
Wanita hiasan dunia begitu ramai sekali. Wanita ini suka berhias mempamerkan aurat kecantikan diri.Bahkan tidak malu memperlihatkan bahagian sulitnya yang diharamkan oleh Allah kepada bukan muhrimnya. Wanita ini lebih mengutamakan kecantikan luaran dari kecantikan dalaman kerana kecantikan inilah ramai yang terperdaya dengan pandangan mata, kehendak nafsu dan bisikan syaitan. Sehingga ramai kaum lelaki tergila-gilakan wanita yang jelita dan mempersona.Padahal kecantikan ini bersifat sementara akhirnya ramai yang jatuh ke lembah kehinaan. Wanita inilah dikatakan ‘WANITA HIASAN DUNIA’ mudah dijumpai dan senang dimiliki.
Wanita solehah pula, hidupnya di alam ini bukan hidupnya untuk dipuja, dipuji apatah lagi disanjung. Jalan hidupnya penuh kesulitan dan kepahitan. Banyak dugaan yang akan dilalui namun dari dugaan itu ia belajar dari ujian demi ujian yang Allah berikan. Dari ujian itulah ia bersabar, tabah, tunduk yakni tawaduk serta istiqamah dalam perjalanan hidupnya. Beginilah kehidupan wanita solehah yang Allah corakkan buatnya di atas dunia ini. Oleh kerana itulah wanita solehah diletakkan oleh Allah kedudukannya umpama seperti berlian di dalam lumpur di alam ini. Biarpun dirinya dipenuhi selut namun ia tetap bertahan dalam kilauannya yakni nur iman.

Mengapa begitu payahnya perjalanan wanita solehah itu wahai ibuku….

Ketahuilah wahai anakku…dunia ini meskipun pada pandangan mata kita indah…penuh kemanisan, kenikmatan, keseronokan begitu juga penuh pergolakkan, pergaduhan, bencana dan peperangan. Itulah dunia….fana, bersifat sementara….semua yang ada di alam ini akan binasa pada waktu yang Allah tetapkan. Jika kita merasa senang dan aman dengan semua yang ada di dunia ini. Sudah pasti kita akan terpersona dengan keindahan dunia…cinta kepada dunia…sayang kepada dunia . Akhirnya kita lalai dan lupa kepada Allah sedangkan alam akhirat itulah alam yang kekal lagi abadi.

Masih adakah wanita solehah ini pada hari ini wahai ibuku…?

Masih ada lagi wahai anakku…tetapi ia tersembunyi…Allah asingkan ia dari hal keduniaan dan Allah tunjuki ia jalan untuk beramal dan beribadah kepada Allah. Antaranya menikahi wanita ini dengan segera supaya terhindar dari maksiat terpelihara syahwat. Tetapi ramai antara kita tidak ambil pengajaran dan hikmahnya disebalik pernikahan itu.

Benarkah seorang wanita solehah pasti pasangannya seorang suami yang soleh?

Wahai anakku…soal jodoh bukan atas pilihan kita, ada juga Allah pertemukan dengan pasangan yang berbeda sifat dan kemahuannya. Oleh kerana itulah kadangkala jika ada seorang wanita yang hidup berumahtangga tetapi tidak bahagia hidupnya. Ketahui dan halusilah kefahaman atas apa yang Allah ingin sampaikan. Janganlah mudah mengalah atau berputus asa. Ingatlah berputus asa adalah durhaka kepada Allah. Sedangkan rahmat Allah itu Maha Luas dan tidak terjangkau kiraanya meskipun selautan demi selautan dikira tidak akan bisa habis.

Wahai ibu…bukankan wanita solehah ia punyai ganjaran yang besar disisi Allah?

Benar..anakku, tetapi wanita ini tidak memandang pada ganjaran itu kerana ia merasakan hidupnya penuh dengan dosa. Kerana kehidupannya yang sering teruji itu membuatkan ia takut dengan dosa-dosanya. Ia sedar bahwa Allah itu Maha Melihat…Maha Mendengar…Allah tahu bahawa jiwanya menderita…Allah tahu kesedihannya kerana itulah wanita itu takut tangisannya menjadi dusta kerana ia merasakan seolah-olah ia tidak tabah dengan ujian Allah. Bukan mudah wahai anakku… hatinya sering terluka, sakit derita kerana jiwa mereka bertentangan. Sudah semestinya seorang isteri solehah pelengkapnya ialah suami yang soleh kerana sebaik-baik suami adalah baik kepada isterinya. Tetapi bagi seorang wanita solehah tidak akan mempersia-siakan pemberiaan dari Allah meskipun suami itu tampak buruk, cacat perilakunya serta kurang ilmunya. Bahkah seorang wanita solehah akan berusaha sedaya upaya membawa suaminya kembali ke jalan Allah.

Wahai ibuku…. bukankah wanita solehah itu dikasihi Allah. Sudah semestinya kehidupannya ada kebahagian.

Wahai anakku…bukan kerana Allah itu tidak tahu atau mengerti sedangkan Allah itu Maha Mengetahui dan Allah tahu apa yang DIA aturkan. Adakah kita mengira telah cukup beriman kepada Allah sedangkan kita tidak diuji?. Betapa bijak dan hikmahnya Allah mengadakan…inilah pelantar ujian buat seorang isteri tanpa ia sedari. Hikmah inilah seorang wanita itu harus bijak belajar ilmuan yang Allah turunkan dalam jiwanya agar jiwanya berakal. Ingat wahai anakku…ada sesetengan wanita disatukan dengan seorang lelaki soleh tetapi ia tidak menempuh jalan kesulitan bahkah tidak rela menghadapi bersama suaminya. Ada jua yang merasa senang dan dengan kesenangan itu ia sombong, riya dalam diri sesungguhnya ia terpedaya. Ingatlah kekasih Allah ialah hamba-Nya yang hidupnya di dunia akan menempuh jalan yang beronak ranjau berduri tetapi jiwanya tetap tenang bermujahadah ke jalan Allah hingga menuju kebahagian yang abadi itulah yang dicari.

Jadi, wahai ibuku…apa sebenarnya ‘SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH’?

Perhiasan wanita solehah ini bukan di alam ini wahai anakku. Tetapi ia akan menjadi penghias di akhirat kelak menjadi tamu-tamu Allah di taman syurga-Nya itulah sebaik-baik perhiasan.

Wahai ibuku…betapa sedihnya diri ini mendengar segala apa yang ibu ceritakan kepadaku…sesungguhnya daku takut untuk menempuh perjalanan itu. Bagaimana harus daku melepasinya wahai ibuku….?

Sesungguhnya dalam kepahitan itu ada kemanisannya dan dalam kesakitan itu ada penawarnya. Carilah ia dalam sepanjang hidupmu….selagi hayatmu ada wahai anakku….sehingga kau mengapai erti redha, redha menerima segala qadaq dan qadar Allah. Ingatlah, apa ertinya jika kita mencari redha ilahi sedangkan kita tidak redha menerima dan menghadapinya kerana kunci keredhaan Allah ialah apabila engkau redha maka Allah akan redhaimu.

November 28, 2011

Carilah kawan yang baik bukan kawan baik


Assalamualaikum and greetings to all (:

Dengan nama Allah yang Maha Permurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah Ya Allah, puji-pujian hanya layak buat Mu. Pemilik segala isi dunia dan akhirat. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah, buat hari ni dapat jugak aku menaip dalam blog yang sepi ni. This holiday, bagi student yang dah habis UPSR exactly miss at schoolmates, teachers, and goodies. Me also. rindu dekat Mafisya Damia. also Amni Nabihah. flying kiss for you.  


iyeke?
macam
satu dalam se trillion je

apa yang dimaksudkan dengan friendship actually?

Kawan

Memanglah kawan ngek.

Biar aku bagi jawapan.

True friendship is perhaps the only relation that survives the trials and tribulations of time and remains unconditional. A unique blend of affection, loyalty, love, respect, trust and loads of fun is perhaps what describes the true meaning of friendship. Similar interests, mutual respect and strong attachment with each other are what friends share between each other. These are just the general traits of a friendship. To experience what is friendship, one must have true friends, who are indeed rare treasure.

Different people have different definitions of friendship. For some, it is the trust in an individual that he / she won't hurt you. For others, it is unconditional love. There are some who feel that friendship is companionship. People form definitions based on the kind of experiences they have had. This is one relation that has been nurtured since time immemorial. There are famous stories about friends in mythologies of different religions all over the world. They say a person who has found a faithful friend has found a priceless treasure.



 Heyya and Salam Guys !

Dalam beberapa minggu ni kan, Aku ada hobi baru. Actually, dah lama dah. Mula mula kawan tersayang aku ni tau. Pastu satu kelas tau. Baru satu kelas, belum satu sekolah lagi. Haha. Tajuk Cerpen or Novel "Hikayat Indah Hanya Tinggal Sejarah". Nak tengok cover buku dia? 

Model Kulit Depan : Sawajiri Erika & Nishikido Ryo




Sampai dua buku tu. Tulis Sendirian Berhad. By tangan aku and Kyra yang comel ni. Haha. Perasan -_-


In the night, selalunya aku mulakan kerja aku yang tak berbayar ni. Hehe. Dalam cerita ni, tentang Seseorang yang ada penyakit yang tiada ubat. So, cerita ni happy ending or sad ending? Fikirlah sendiri. Cerita ni berunsurkan Ilmiah. Kedatangan seorang pemuda ni yang mengubah hidup gadis ni. 

Bukan mudah untuk berubah,
Dari kekayaan ke kesederhanaan,
Dari karpet merah ke tikar sejadah..


August 21, 2011

let's make the world dance

Hye sun,



Semenjak dua menjak ni kan, post aku tak sah kalau takda gambar sorang budak ni. hehe. bukan puja just minat sebab dia handsome. =P. tak boleh blah tol. hehe.

Hari ini, tukar 98% blog kan? tahulah makin buruk. =P. header pon header baru. sukalah header tu sebab ada something yang best. hehe


by the way, pink tetap pink yang jadi pilihan hati aku. =)

kiri kanan atas bawah penuh dengan gambar sorang nih. haish! sebok je! ^_^

tambahan

'
mamat / minah arab mana yang add aku. kalau lappy ni ada tulisan jawi, baru aku boleh jawab kau punya chat. bye bye. 


thanks ustaz Nazrey Johani like my fanpage. =)


Thats it untuk hari ini. Jumpa lagi. selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya yang menjelang tiba 
cheers dear!

June 28, 2011

Hidup adakalanya senang adakalanya susah :)




Assalamualaikum my readers ! semalam husna tak datang sekolah, so kawan kawan husna yang rindukan ku ini tu cerita lah diaorang kena lari lima pusingan court bola jaring sebab tak lancar masa tasmik. pastu, husna katalah

"kesian korang, ish3. sekali kala susah apa salahnya, kan ainil syakirah kan ?
lagi satu, siapa suruh tak hafal ? main fb ja. Ustazah dah pesan awal2, ikut je apa yang ustazah cakap. ok my lovely Noraudatul Jannah!"

hehe, gaya husna cakap, macam husna dah hafal. hafal tu yela, tapi tak berapa lancar. btw, biar susah sekarang kan? jangan susah masa hadapan.

so, kita kena ingat hidup kita ni bukannya selalu berada di atas. adakalanya kita jatuh tersungkur di tanah. tapi, kita mestilah bangun untuk meneruskan perjalanan kita, betul tak ? kalau tak, kita tidak akan sampai destinasi kita. yeah, thats true.

husna nak cerita something ni, bukannya apa husna nak luahkan but i must find the suitable time. urm, alangkah bagusnya kalau husna dapat tulis kat sini sekarang. biarlah tiada siapa yang baca, janji husna dapat tulis. al-maklumlah husna tiada pembaca yang tetap. kalau ada dah lama husna nak bagi prsent.

lagi satu, husna ni tak berapa nak berani nak luahkan perasaan sebenar husna. rahsia husna semuanya tersimpan rapi di hati. Hanya Allah je tau apa yang tersirat di hati Husna. Mungkin di luarnya husna nampak cool, but i keep the problem in my heart. i dont want anyone know because i believe that Allah know and help to solve my problems.

husna tak tau nak cakap macam mana, sebab husna rasa husna pun tak tau apa husna nak cakap although i know what i want to say. SHUT UP !

oklah, sebab husna nak cerita juga although ada perasaan takut takut sikit, sinopsis je la. urm, tak yah lah cerita. adoi. but I miss you although i know that you hate me.

and my readers,
I always miss you...

June 10, 2011

First thing that I miss

assalamualaikum warahmatullah, 
pada waktu ini, pada saat ini, pada pukul 2:15a.m,
saya ingin menghabiskan sedikit dakwat pena di blog ini,
post  ini, saya tujukan to all rakan seperjuangan.

first thing that I miss,
are my friends in SKSB.
memori 2005-2010 di SKSB,
memang sukar untuk dilupakan.

ku ingat lagi,
pertama kali kita semua berjumpa,
semasa berada di tahun satu,
semuanya sporting,
maybe ada sesetengah yang menangis,
tapi,
itu bukanlah satu penghalang untuk kita menjadi kawan.

ku ingat lagi,
pada tahun 2008,
mulanya kami mengenal ketua kami,
MUHAMMAD KHAIRUL ANWAR BIN AZAHA,
ketua yang bertanggungjawab dan bijak bestari,
dia dilantik menjadi Ketua Murid pada tahun 2010,
tidak ku lupa juga,
pembantunya yang penuh dengan kesopanan,
seorang yang cermat,cekap apabila melakukan sesuatu kerja,
NUR JANNAH BINTI ABDUL HALIM,
bakal penulis novel yang terkemuka

ku ingat lagi,
tahun yang mendebarkan buat kita semua,
iaitu 2010.
insan insan yang lahir pada tahun 1998,
akan menjalani periksa yang besar bagi sekolah rendah,
Alhamdulillah,
dengan usaha kami,
seramai 31 murid SK Seri Biram,
berjaya memperoleh 5A
tapi,
itu semua hanyalah kenangan,
yang mungkin sukar bagi dilupakan,
bagi insan insan yang memahami maksud persahabatan.

alangkah indahnya,
kalau kita dapat bersama macam dahulu,
erk,  tak nak buat ayat sedih .

ok ! to all my friends, seriously , aku memang gila-gila rindu korang. kan best, kalau buat reunion tu,146 ramai yang datang. huhu . yeah ! korang the best la ! tanpa korang semua, 
Sekolah Kebangsaan Seri Biram

tidak akan menjadi...

Sekolah Berprestasi Tinggi 
Seri Biram
aku doakan supaya korang semua mencapai cita korang dan sentiasa berada dalam barakah-NYA. InsyaAllah. for THENESH, . semoga berjaya ! Setiap insan akan pasti merasakan perpisahan.huhu. aku dah penat taip ni, korang komen-komen lah ye.

setulus ikhlas dari aku  
tak kenal aku ? tak pe biarkan ...

April 4, 2011

santai saja sbb demm =='

 



salam,sambil duduk ni,terpikir nak buat khat ntah apa ta jadi lalu.==' drpd kita dok lepak wat kartun yg boleh bwa kita ke neraka,apa kata kita buat khat.hehe.permulaan kan.tapalah buruk mana pon,janji yg saya ckp sebelom ni ITU HASIL TANGAN KITA SENDIRI.betol x?uih2,apa?lukis katun boleh bwa ke neraka?awat?*hamboih slank kedah dah.tapa2.uih,meh lah bca ni dulu

November 14, 2010

Asuh Majalah Pilihanku..




ASUH.Mungkin ada antara kita yang pernah mendengar nama majalah ni.Atau mungkin ada yang sedang giat mengumpul setiap siri yang dikeluarkan terbitan majalah ini.Sepanjang perkenalan saya dengan bahan bacaan yang bersifat ilmiah, saya dapati majalah ini adalah antara yang terbaik dan patut dimiliki oleh setiap kanak kanak yg berumur antara 3 hngga 14 thn.Majalah ini memang bagus untk kanak kanak.Hanya mengeluarkan sedikit wang sebanyak RM 3.00.Tidak rugi kalau kita beli majalah ini kerana ia banyak dengan kisah kisah yang ada pengajaran dan sudut kraf dan pelbagai lagi.Tuan tuan dan Puan puan yg ingin membeli buku kepada anak anak yg msh muda,belilah ASUH dan jadikannya koleksi anak anda.Jgn lpa temui asuh di facebook...
Laman Web:http://www.facebook.com/pages/selangor/Majalah-Asuh/149909011695268

~Beli Jangan Tak Beli~

November 14, 2010

Miss U All!!

Alhamdulillah...aq dah habis upsr & berjaya dapat 5A...Tahun depan masuk skowl baru.Rasanya mcm drjh 1 plk...heheh.Mesti rindu skowl lama.Aq pasti rindukan guru guru & kawan kawan .2 hari lg nak skola(isnin dan selasa).Hrp hrp dpt sbp pilihan aq.Di kesempatan ini,aq nk ucpkan tahniah kpd kwn yg brjaya dpt 5A &kpd kawn2 yg 4A 1B..anda telah berusaha sedaya upaya...aq berpegang kepada ungkapan ini "Sekali gagal bukannya gagal buat selamanya"...So,korang semua pmr nnt aq doakan supaya berjaya...Kepada Amni Nabihah...best friend aq..klu dpt Seri Puteri....Remember me always Nin(Amni)...bye!! 
DONE

Labels: , ,