Blog Under Construction!

Niqab #1

Namun diri ini tetap tidak bisa menghitung niatnya. Mungkin dia masih muda. Harus ditunjuk mana jalan yang mesti diambil. Harusnya kita yang melihat mesti menegur. Bukan silap dia terus begitu. Silap kita yang tidak berpesan. Hanya mudah dengan terus ‘berbunyi’ di belakang. Tolong, yang melihat jangan begitu cepat menghukum. Fahami mereka. Selami hati mereka. Dan tunjuki apa yang benar. Dengan penuh kasih terhadap saudara seakidah. Maka dengan itu, bingkisan ini kucoretkan khusus buatmu. Muslimahku sayang, dengarkan…


Tatkala mengambil kata putus untuk berniqab maka “Jangan Main-Main”
Sebetulnya, bukan untuk mereka yang berniqab sahaja. Bertudung labuh juga begitu. Berniqablah, ramai yang mahu menyokong dari belakang. Namun ingat, apabila kita memilih untuk memakai sebegini, orang-orang di sekeliling mempunyai high expectation terhadap kita. Apa yang betul dilakukan kelihatan biasa. Namun apabila sedikit yang silap, itu yang lebih besar terlihat. Kerana memang namanya manusia, ada yang hanya memandang sekelumit kesilapan dan keaiban berbanding memperbesar kelebihan dan kebaikan.
Bukanlah bermakna kita harus mengaut segala pandangan manusia agar segalanya dilihat tinggi pada kita. Bukan, sayang. Maksudku di sini, kita mesti berjaga-jaga terhadap diri sendiri. Kerana apabila memakai niqab dan tudung labuh begini, kita membawa bersama maruah Islam. Ya, maruah Islam. Take it seriously, my love. Memetik kata-kata Phua Chu Kang, “Don’t play play.” Jangan main-main.

Ini bukan soal mahu terlihat hanya diri kita yang baik bersama penampilan, tetapi juga mahu dunia melihat Islam yang tinggi dan indah nilainya! Jadilah muslimah yang meninggikan Islam. Bukan makin menjatuhkan.
Akhlak mesti dijaga. Kerana itu buah amal dan iman. Juga mengelak fitnah. Apabila hanya segelintir yang tidak begitu menjaga akhlak sejajar dengan cara pemakaiannya, ada manusia yang kurang memahami mula berbunyi…
“Saya tak bertudung. Bertudung labuh mana pun orang tu bukan baik sangat. Trust me. Saya dah pernah jumpa. Yang penting hati…”
“Apa la pompuan ni. Berniqab tapi gambar dekat Facebook dia, Astarghfirullah …Wei, tak payah pakai niqab lah wei…”
“Ala, yang berniqab semua tu bukan cantik sangat pun, perasan banyak. Melebih je semua tu, dah macam ninja dah aku tengok. Ceitt. Blah la”
Bukan semua orang mahu faham kita yang begini tidak semestinya terlihat sempurna tetapi kitalah sendiri harus menjaga sedaya mungkin! Tidak boleh tidak. Mesti.

Ustaz Pahrol Mohd Juoi mengatakan bahawa tudung wanita itu terbahagi kepada empat. Tudung pada wajah yang tidak mengundang fitnah dan kecantikannya hanya khusus buat suami bukan buat lelaki ajnabi atau bukan mahram. Tudung pada mata yang tidak memandang lelaki lain selain mahramnya kerana solehah yang hakiki itu tidak dipandang dan tidak memandang. Tudung pada suara yang tidak dilunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati yang tulus mengingati Allah dengan sentiasa berzikir.

Muslimahku sayang, apabila ini yang dijaga maka yang lain pasti turut terjaga. Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang terjaga dengan tidak melampaui batasan syariat. Anggota yang terjaga kerana peringatan sepi daripada tudung itu sendiri supaya menghindari maksiat. Hati yang terjaga daripada dicemari rasa riak dan takbur.

Sememangnya perempuan berniqab dan bertudung labuh ini baik. Baik dengan erti kata sebenarnya. Akhlak mengikut apa yang diajar Islam. Usah jadikan diri kita pemangsa kepada mereka yang begitu menjaga turut terkena tempias menjadi mangsa. Fitnah terjadi. Fitnah terhadap mereka yang berniqab dan bertudung labuh. Kasihan.

Namun, tidaklah pula bermakna harus menukar meter tudung menjadi semakin pendek kerana bimbang diri hanya membawa fitnah. Malah seharusnya hati semakin nekad memperbaiki dan menjaga akhlak dan bunga iman. Begitu, sayang. Apabila punya keazaman sebegitu maka diri telah pun membuka langkah menuju kebaikan.

Sayangku, jangan memilih memakai begini kerana lelaki.
Bertudunglah seperti yang diri mahu. Asal sahaja tudung itu tetap dilabuhkan menutupi dada. Tetap bertudung mengikut syariat bersama niqabmu. Namun awas pada hati sendiri, sayang. Jagalah ia selalu.

Perhatikanlah ia sentiasa. Kerana dalam kegigihan kita melakukan kebaikan, syaitan itu juga tetap gigih berusaha membisik halus tanpa diri sedari.

Tiap kali melangkah keluar dari rumah, luruskan niat bahawa aku memakai begini hanya kerana Allah. Bukan untuk mendamba pujian dan hati lelaki. Bukan mahu menunjuk aku sekarang telah berubah menjadi lebih baik berbanding dahulu. Bukan mahu mengatakan, “Wahai Adam, lihatlah. Akulah wanita yang paling solehah. Moga sahaja kau jatuh cinta padaku.”

Apabila itu yang terlintas, fikirlah apakah itu juga yang dipandang Allah? Tidak, sayang! Dia hanya ingin melihat ketulusan dan keikhlasan niat hatimu untuk berhijrah keranaNya. Apabila hatimu terdetik berhijrah kerana yang lain, hitunglah apakah amalan ini juga terhitung di sisiNya. Apabila diri memilih untuk memakai begini, jagalah niat itu sentiasa. Usah biarkan amalan kebaikan hangus rentung menjadi abu hanya kerana niat yang terpesong. Istighfarlah sentiasa. Kerana sememangnya kita manusia yang pelupa dan berdosa.
Utamakan yang lebih penting daripada yang penting.

Sayangku, pakailah niqab andai diri mahu. Perkara baik tiada siapa menghalang. Namun ingat, sayang, lihatlah yang lebih penting daripada keinginanmu untuk menutup muka bersama secebis kain indah itu. Mahu menjadi baik tidak semestinya dengan berniqab namun berniqablah andai itu benar menjadi motivasi buat diri untuk menjalani perubahan ke arah yang lebih baik. Walau begitu, tetap diri ini suka untuk mengingatkan kita bersama agar melihat perkara yang lebih utama berbanding perkara yang menjadi isu khilaf. Lihatlah yang lebih penting.


 Lihatlah solat lima waktu kita. Apakah berusaha didirikan awal waktu seperti mana usaha keinginan untuk berniqab? Apakah terhafal sudah rukun-rukun serta syarat-syarat sah solat? Apakah solat itu cuba diri hayati supaya lebih khusyuk? Apakah bacaan solat itu diri fahami maknanya? Apakah solat itu bisa membuatkan diri merasa terlalu dekat dengan Allah?

Lihatlah hubungan yang terjalin antara manusia. Apakah ada api permusuhan yang belum terpadam? Apakah hati sering berprasangka buruk terhadap orang lain? Apakah hati dibisik iri dan dengki akan kejayaan dan kebahagiaan orang lain? Apakah diri ringan membantu tatkala sahabat memerlukan pertolongan? Apakah hati itu sentiasa diingatkan agar sering bersangka baik dengan manusia tiap ketika?

Lihatlah akhlak dalam diri. Nilailah dan hisablah diri sehari-hari. Apakah hati sentiasa diingatkan agar sentiasa ikhlas dalam melakukan amalan? Apakah hati itu dididik untuk menyemai rasa rindu terhadap Rasulullah dengan sunnah Baginda? Apakah diri diajar untuk tekad dalam menimba ilmu daripada melayan cinta manusia? Apakah hati sentiasa ditiup bayu semangat tabah dan gigih dalam menjalani ujian daripada Allah?

Sayang, lihatlah yang ini terlebih dahulu berbanding niqab. Kerana kewajipan ini lebih dituntut. Jadilah muslimah yang bijak menentukan perkara yang paling penting dalam kehidupan. Jadilah muslimah yang bijak dengan melakukan perkara yang dirasakan penting tetapi tetap mengutamakan perkara yang lebih penting. Maka sayangku, ini lebih baik.

Mengapa mesti pandai mengutamakan hal yang lebih penting daripada yang penting? Andai kita sebenarnya mengetahui mentaati ibu bapa itu lebih dituntut daripada pemakaian niqab, maka tiada yang keliru dalam permasalahan “mak ayah saya tak bagi saya berniqab”. Pilih ibu bapa berbanding niqab. Kerana taat ibu bapa itu wajib dan berniqab itu hanya sebahagian isu khilaf. Jelas, sayang?

Andai kita muslimah yang berniqab maka usah dipandang rendah kepada mereka yang memakai pashmina. Andai kita memakai tudung labuh maka jangan merasa lebih baik berbanding mereka yang memakai tudung melilit. Masih sehingga kini diri tiada mengetahui bagaimana pandanganNya. Kerana Dia lebih arif akan hati dan niat kita lebih daripada meter tudung itu. Takutlah pada hati sendiri yang suka menilai manusia dalam diam. Sehingga wujud rasa ujub terhadap diri sendiri.

Apabila benar niat kerana Allah dan tahu mengapa diri memilih memakai begini, percayalah itu yang akan memberi kekuatan berterusan. Walaupun ramai yang memandang serong. Walaupun ramai cuba menyalah anggap. Walaupun ramai melihat diri sebagai ‘kamu-orang-pelik-ewww’. Kerana pemakaian hanya diniatkan kerana Allah. Sedikit pun kata-kata manusia tidak akan memberi kesan kepada hati seandainya benar ikhlas. Right? So, just go with what you’re doing now, my love!


Andai terasa lemah, renung kembali niat dalam hati. Apakah benar di jalannya. Jangan pernah putus harapan dalam memperbaiki diri dan mengejar kebaikan. Kerana itu semua tidak akan datang tanpa keinginan yang kuat dan hati yang gigih menghadapi ujian! Contohilah Ummul Mukminin. Contohi peribadi mereka dan jadikan ia semangat buat diri untuk terus melangkah dalam mendidik hati menjadi muslimah sejati. Terus kuat, sayang!

Sayangku, pakailah dan hiasi bersamanya dengan ilmu dan akhlak.
Pakailah niqab itu. Pakailah tudung labuh itu. Pakailah pakaian yang menutup aurat mengikut garisan Islam. Andai pandai menyentuh isu kahwin tidak perlu menjadi begitu sempurna tetapi usaha itu mesti ada, begitu juga soal ini. Tidak perlu menunggu diri menjadi sempurna pada tiap sudut inci seperti meter kainnya, tetapi tekadkanlah jua dalam hati keazaman dan keinginan menjadi lebih baik. Bersama ilmu dan akhlak.

Yang kurang benar kelihatannya apabila dipakai tanpa ilmu dan keazaman pembaikan akhlak. Itu yang akhirnya mula terjadi fitnah kepada pemakai niqab dan tudung labuh. Kerana itu niat amat dititikberatkan. Apabila niat benar, tindakan yang diambil juga benar. Apabila niat ingin memakai niqab sebagai dorongan menjadi lebih baik, maka diri akan berusaha walau bagaimana cara sekalipun untuk menjadi muslimah yang terbaik! Apabila niat asal terpesong maka itu yang dibimbangi apabila hati mula menurut nafsu. Jadikan niqab sebagai dorongan untuk menjadikan diri lebih baik. That’s the best. Namun, andai diri bukan daripada kalangan niqabis, it’s alright dear. Kita semua sama sahaja. Kerana tetap sahaja taqwa itu menjadi pembeza. Dan tetap sahaja yang istimewa itu buat muslimah yang menjaga auratnya.

Jaga akhlak. Jaga akhlak. Dan jaga akhlak. Kerana manusia tidak akan bertanya, “Tinggi manakah ilmu yang ukhti miliki?” tetapi manusia akan mula menilai melalui peribadi. Akhlak. Yes, exactly my love. Akhlak hasil daripada ilmu yang dimiliki. Tuntutlah ilmu yang benar dan secara sendiri ia akan dimanifestasikan dalam akhlak yang juga benar. Kerana ilmu itu berperanan mewujudkan perasaan khauf atau takut kepada Allah sehingga melahirkan akhlak yang baik. Biarlah qudwah itu bersama akhlak dan tudung.

Tidak semestinya berniqab lebih baik daripada yang memakai pashmina. Tidak semestinya yang bertudung labuh lebih baik daripada tudung melilit. Tidak semestinya yang memakai tudung melilit lebih baik daripada yang berniqab. Tidak semestinya mereka yang memakai pashmina lebih baik daripada yang bertudung labuh. Kerana? Kerana tinggalkanlah itu semua kepada rahsia penilaian Allah.

Dan kerana setiap daripada kita punya peluang berubah ke arah kebaikan selagi nafas masih terhela. Jangan persiakannya. Maka sayangku, genggamlah jemari sahabatmu yang lain dan bantu. Sebarkan kecintaan terhadap sesama muslimah. Padamkan segala prasangka andai ada ternyala.

Jadi baik itu bukan diukur pada tudung. Jadi baik itu adalah pada hati yang ikhlas. Namun tudung mengikut syariat itu tetap wajib. Jalankan walaupun ada yang terasa payah! Kerana percayalah tudung itu akan mula menjernihkan hati yang kotor. Mendorong hati dan keyakinan ke arah jalan cahaya. Believe me!

Mari kita sama-sama. Tolong ajari diri yang menulis ini. Kerana sungguh, diri ini juga pemakai tudung labuh yang hanya bijak berkata-kata namun masih banyak kekurangan yang mesti diperbaiki. Terlalu.

luahan hati pasal belajar huhu

ohmaigodddd
lamanya aku tak update bloggggggg! rindu yang teramat tahu tak huhuk. sedihnya hidup takde internet kat rumah. nasib baik aku suruh mama bawak balik laptop and broadband dengan alasan aku nak buat pamplet untuk kemerdekaan huhuk.

so haritu. tanggal 20 ogos 2014 kira aku dah macam merdeka wa freedom lah daripada dok sakit kepala memikir pasal debat bahasa arab.walaupun aku tak reti dan seriously aku hentam je dan aku tak percaya yang kitorang menang round ketiga untuk hari itu. hahaha. kitorang menang round kelima and keenam.
nak dijadikan cerita, disebabkan kitorang menang round ketiga first day tu, kitorang kena lawan dengan naim lil banat. erww menci aku menteri ketiga dia. nasib kitorang tak pandai cakap arab je sebab tu ko menang. dahlah isi entah apa apa. erw menci tahu tak.

nak cerita sikit kehebatan ahmadian ni ugh. kitorang dapat tempat ke 28 dari 46 sekolah. eh please sangat okay. rasa bangga ah sebab bawah kitorang imtiaz terengganu. dalam hati rasa macam bijak gak kita ni rupanya.  haha ok tak lawak. then ada 3 smk je yang masuk but antara smk kitorang yang tertinggi sekali so kalau masuk debat bahasa arab smk tu mybe kitorang menang? ha ha who knows.

debat ni pulak time periksa en. rasa serabut lah jugak huhu tapi nak buat macam mana. berkejar kejar aku nak exam ee sedihnya. rimas tahu tak macam aku suka je nak duduk dekat sekolah ni lama lama. lepastu addmath tak naik naik markah eee sedihnya. rasa macam sia sia aku belajar addmath selama ni. lepastu paper chemi lagi yang macam aku rasa rela berenang dari jawab soalan chemi yang macam ilmu sesat tu huhuk.

makin lama makin rasa kesusahan belajar tu. dan kekadang hati meronta ronta supaya jadi bijak tapi apakan daya daku bukanlah seorang yang bijak en.  lepastu nak suruh rajin study huhuk aini bila laa nak jadi rajn study tapi bila ko study mesti ko melalut buat kerja lain. ko melukis lah ((even ko takde skill langsung nak melukis)) ko buat nota lawa lawa lahh ((even sebenarnya nota yg cikgu suruh buat ko tak buat nota lain ko buat pulak)) tapi sebenarnya nota ko tak lawa pon. ee sedih en hidop ko *sambil memikir mikir apa yang bakal terjadi pada diriku kelak*

tipulah kalau tak jealous tengok classmates markah tinggi tinggi dan even kawan yang berkepit sana sini pon markah addmath tinggi even study sama sama. mana ada jeles ((tipulah kalau tak jeles)) huhuk tipulah kalau tak jealous tengok markah orang lain tinggi tinggi. hw diorang boleh buat sendiri tanpa bantuan orang lain. yang aku ni balik balik.. "balqis ni cane?" "yas, ni cane?" "ain, tau tak yang ni?" "sarah, ni nak apa senanya?"
huhuhuhu angan angan lah kalau orang gi kat aku tanya, "ainil, ni cane?" hahahaha angan angan ah.

kenalah mulakan langkah baru en. sedar sedar sikit dah nak masuk form 5 dah woii. debar dari sekarang woi serious debar dari sekarang. spm tu memanglah bukan penentu akhirat. allah tak tanya spm dapat berapa tapi... mak aku tanya spm dapat bape takkan aku nak jawab takde A... takkan aku nak jawab 2A je maa. takkanlahhh no no no no. paling kurang pon 1B yang lain semua A hahahaha boleh ke ainil boleh ke boleh ke huhuhuhu sedihnyaa

lepastu jenis yang macam pana bila cikgu tanya apa apa. ahhh benci ah gini lepastu perasaan aku terhadap cikgu cikgu ((certain2 cikgu ada yang aku tak suka sebab annoyed gila eh tolonglah ahaha)) astaghfirullah. huhu cikgu maafkan saya. nilah masalah aku, kalau cikgu yang aku tak berapa nak <3 ni memang ah aku tak buat endah je kije yang dia bagi. macam aku time f3 dulu.... *imbau kembali* dulu aku tak bape suka cikgu geografi aku sebab dia pernah marah aku time f2 haha salah aku ke time tu. lepastu aku tak buat kerja dia sampai nak dekat dekat pmr baru aku ada kesedaran yang aku nak pekse. so, start situlah aku taubat jugak lepastu aku study molek molek. tapi bahaya tau bermusuh dengan cikgu ni. sebab time aku jawab geografi pmr tu huhu seriously otak aku blank pastu aku menangis. huhu sedih en citer. so pengajarannya sayangilah guru anda walau macam mana pun mereka *terpaksa*

lepastu dekat ahmad ni pulak, aku ni bukan lah dikalangan yang bijak kan so kalau tak bijak tak bodo sangat ni taklah dirisaukan sangat oleh cikgu. so memang aku macam terpinggir ah jugak. ((sebenarnya dari dulu lagi aku terpinggir dari kalangan cikgu huhu)) dan sememangnya cikgu memang susah nak ingat nama aku padahal nama aku pendek je senang je. ainil husna je kot bukannya taylor swift ke miley cyrus ke avril lavigne ke tu pun susah nak ingat ke huhu sedihnya.

lepastu muka aku ni pulak em em sememangnya dah dicop muka sombong huhu nak buat macam mana tapi aku tak heran lah senang takde orang ganggu aku dan dari sekolah rendah sebenarnya mana ada orang berani nak ejek aku ganggu aku tapi dorang tak tahu sebenarnya aku ni peramah orangnya dan kelakar haha puih ((pls im so funny guys tolong gelak)) percakapan aku terhad pada yang berhak sahaja contohnya macam kat ahmad tu, kelas aku tu jelah yang boleh dengar suara aku pok pek pok pek dan kalau aku tersenyap sebab aku malas nak care ke semua risau huhu caring tak ugh. dan bila aku turun bawah.. aku jadi aku yg erm nak buat macam mana aku bukan peramah huhu tak kenal maka tak cinta

entri ni sebenarnya aku nak cerita masalah belajar aku je tapi dah melalut pulak en dahlah takde gambar. yelah. aku ingatkan nak masukkan gambar tapi aku tak tahu bakpe lembap semacam nak transfer dari fon aku ni huhu sedihnyaa. sokmo gini taw. tak kesahlah tu

papepun, aku harap. yang satu hari nanti aku dapat banggakan mama abah dengan result aku huhu walaupun 1B dan orang disekeliling aku termasuk pakwe aku ((hm aku mana ada pakwe :'( )) lepastu cikgu cikgu aku gembira tengok result spm aku nanti. insha allah lah. moga aku dan kawan kawan aku ni semua berjaya ke haluan masing masing. amin amin.

huhu entri aku panjang gila. jangan tanya kenapa banyak huhuhu. benda ni nak menunjukkan aku ni sedih gila huhu pls im so funny okbye

nanti kalau fon aku ni dah boleh transfer gambar aku masukkan lah sebab aku tengok sadis gila entri aku ni macam tulang tanpa daging. ada ke hm

**sebab dah tenet ni nanti aku nak update pasal pakwe aku huhu even aku takde pakwe. manalah pakwe aku ni aih